Landasan Maut Di Hanoi

Wednesday, 16 April 2014


LANDASAN kereta api di tengah Hanoi menjadi pemandangan biasa bagi penduduk di ibu negara Vietnam.

Kebanyakan landasan terletak bersebelahan premis perniagaan dan rumah. Orang ramai sering kali di lihat duduk bersantai dan kanak-kanak bermain di landasan berkenaan jika ianya tidak digunakan terutama di landasan menuju ke Long Bien Bridge.


Keadaan itu menyumbang kepada kemalangan maut kereta api sebanyak dua peratus setiap tahun dipetik laporan Dailymail.

Setakat ini, dianggarkan terdapat 5,000 lintasan kereta api haram di negara tersebut menyebabkan kerajaan Vietnam kini berusaha melabur 1 juta pound (RM 5.4 juta) untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan sepanjang 3,218 kilometer landasan di bandar berkenaan. 

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.