Satu gambar yang di upload oleh admin facebook Tulun Sabah yang membawa mesej "Rakyat Sabah mahu Musa Aman letak jawatan sebagai KM Sabah. LIKE jika setuju." mungkin akan menambahkan lagi emosi gelabah Musa Aman selepas ini. Selain dari mesej, perkara menarik mengenai gambar tersebut ialah kelakuan Musa Aman yang bertindak seolah-olah beliau adalah Speaker dewan serta pendirian beliau mengenai Perjanjian Malaysia 1963 dan petroleum Sabah. Turut menjadi persoalan di laman sosial itu ialah sikap Musa Aman yang mahu perkara itu dibincang di pejabat beliau, bukannya di dalam dewan. Setakat ini mesej itu telah pun mendapat 723 likes dalam hanya masa 7 jam..
GAMBAR TELAH DIUBAH SUAI (TAMBAHAN WAJAH MUSA AMAN) |
Berikut adalah beberapa komen mengenai gambar tersebut:
Jude Yyuk musa aman ni la masa kami mau ajar ko...ko siapa o musa mau tunjuk2 sama Datuk Dr. Jeffrey..ingat ko tu berkuasa sangat ke.,?
John Hussein Lawan tetap lawan...tu Musa mau bikin tu DUN hak milik dia kah? Kelmarin saya pun tak senang duduk bila nampak tu Musa pandai-pandai suruh ADUN Sri Tanjung duduk
Juslin Maradan Lin ADMIN, bolehkah dapat tu rakaman persidangan tu ah. macam tu sidang parleman. supaya rakyat tahu tu tebiat mereka2. terbaik Dato Dr Jeffry.
Donny Kdy Bnyk org malaya sprti cina sy jmpa,dorng ckp pemimpin sabah bodoh kekayaan sndiri d bgi kpda org luar,.mcm2 la dorng ckp..
DonnysiusPius D Kanju Bagi sy x kira la dia dari parti mana.. yg penting itu 20 perkara sabah menyertai melaya dia perjuangkan. Kcian pribumi sabah menjadi penumpang d negeri sendiri.
Sapvren Cullen wakakaa... sidang DUN mau bincang d office???? ko buat lawak kaa MUSA.??? mkin ko mau kasii suap dia tuuu kaaan hahahaa..
Tiwon Krutok ya sa sokong Dr Jeffrey 100%. Dr Jeffrey teruskn pjuangan mu. kmi bangga mpunyai sorg pmpin spt Dr yg bjuang habis-habisan demi masa depan rakyat dan anak cucu cicit rakyat tulen Sabah.
Jemmry Raphael rakyat tulen sabahan sudah lama muak&tolak kepimpinan pak musa ni..cuma warga PATI yg mendapat ic melalui projek ic mahatir sahaja yg menyokongnya.
Hassan Rambo Km yg hanya tahu mengaut keuntungan hasil dlm negeri sabah,sebab itu di jadikan kambing hitam malaya..,sy betul2 tk respect km macam ni pilih bulu,tiada kemajuan..pilak ada kemajuan la semakin ramai bro...bila di ajukan soalan mcm harimau suda tu muka mo menjawab btul2 pengecut+ penakut.Sila letak jawatan km sudah ckup lama kami menderita!!
Ulasan:
Apa sebenarnya yang membuatkan Musa Aman sukar untuk membuat keputusan terhadap sesuatu perkara yang boleh mendatangkan keuntungan kepada negeri sendiri? Beliau adalah Ketua Menteri Sabah, bukannya Menteri Besar Selangor atau menteri di negeri-negeri lain di Semenanjung.. Jesteru, kenapa hak sabah dan "keuntungan" yang sepatutnya menjadi milik Sabah diberikan kepada Persekutuan? Berdasarkan perbualan di atas, tidak nampak walau sedikitpun kesungguhan Musa Aman dalam mempertahankan hak-hak rakyat dan negeri ini..
Tidak heranlah jika ramai rakyat Sabah yang mahukan supaya Musa Aman meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah, kerana beliau telah gagal memikul tanggungjawab itu. Menurut salah seorang pengguna laman sosial itu, masyarakat Cina juga tidak lari dari mempertikaikan tindakan-tindakan pemimpin Sabah yang sewenang-wenangnya memberikan kekayaan Sabah kepada orang luar. Kenyataan ini ada asasnya berdasarkan populariti umno/BN dikalangan kaum Cina negeri ini pada PRU13 yang lalu. Jika bukan hasil dari Projek IC dan penipuan undi, sudah lama umno/BN lingkup di Sabah.
Menteri-menteri umno/BN Sabah bukan sahaja gagal mempertahankan hak-hak rakyat dan negeri Sabah, malah mereka juga telah gagal membangunkan potensi Sabah bagi menyaingi negeri-negeri lain di Semenanjung. Hasilnya, Sabah kekal sebagai negeri termiskin sepanjang 11 tahun Musa Aman menduduki kerusi Ketua Menteri. Dan pada tahun ini, Sabah juga bakal mendapat status terbaru iaitu negeri yang paling tidak selamat untuk dilawati ekoran kekerapan insiden penculikan di kawasan yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.
Andaikata kritikan, kutukan dan cacian rakyat Sabah ini mengundang amarah, tekanan dan rasa malu terhadap Datuk Seri Musa Aman, anggaplah itu cuma permulaan memandangkan masih ada beberapa tahun lagi sebelum tibanya PRU14. Masih banyak lagi kata-kata kesat yang bakal dihamburkan kepada pentadbiran kerajaan umno/BN Sabah, terutamanya untuk santapan telinga Musa Aman. Jadi bersabar sajalah yerr.. karenah rakyat memang begini.. anda berbuat baik, maka baiklah budi bahasanya.. anda berbuat jahat, maka jahat jugalah budi bahasanya..
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.