Kerajaan Tambah Aset ESSCOM Hujung Bulan Ini

Friday 18 April 2014

Selepas setahun melakukan pembaziran dana awam, adakah rakyat Sabah masih menganggap tambahan aset itu sebagai bukti kesungguhan kerajaan??


SEMPORNA: Kerajaan Persekutuan akan menambah kekuatan aset kepada Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) hujung bulan ini, bagi mempertingkatkan serta memantapkan lagi kawalan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata aset yang ditambah itu termasuklah kemudahan bot laju dan penambahan anggota keselamatan.

"Ia juga secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan Esscom terus meningkatkan tahap kawalan khususnya di kawasan pantai timur Sabah. Kita tidak mahu sebarang kejadian jenayah rentas sempadan seperti penculikan dan penyeludupan berlaku lagi," katanya ketika membuat lawatan kerja di Singamata Adventures and Reef Resort di sini, Khamis.

Beliau berkata kawalan keselamatan di semua pulau peranginan termasuk resort yang ada di sekitar Semporna telah dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan pelancong.

"Anggota keselamatan berada di tempat berkenaan 24 jam sehari dan terdapat juga angota yang melakukan rondaan di kawasan perairan setiap masa mengikut jadual yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata Pihak Berkuasa Tempatan perlu meminta ulasan keselamatan daripada Esscom sekiranya ingin membina sebarang struktur baharu seperti resort di kawasan Esszone.

Beliau berkata perkara itu perlu dilakukan bagi memudahkan perancangan keselamatan oleh Esscom dalam usaha memantapkan lagi kawalan keselamatan di pantai timur Sabah.

Dalam pada itu, beliau berkata adalah tidak wajar sekiranya ada pihak yang meminta Esscom ditutup kerana ia perlu bagi menyelaraskan operasi tentera, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan awam bagi mengelakkan berlakunya pertindihan tugas. - BERNAMA

Ulasan:

Perbelanjaan pasti bertambah berjuta-juta, tapi jamin tahap keselamatan masih diragui.. Penceroboh atau penculik tidak memiliki aset semahal dan secanggih pasukan keselamatan namun mereka tetap berjaya menembusi "kubu" kuat pasukan keselamatan..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.