Kerajaan umno/BN buang duit rakyat dengan melakukan keraj-kerja turapan jalan yang tidak berkualiti..
TUARAN : Di Sabah memang lumrah kita dapat melihat kegiatan “menampal” atau menurap semula bahagian-bahagian tertentu jalan raya yang berlubang.
Saban hari ada sahaja kontraktor atau Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat kerja itu di sana sini, kadang-kala amat mengganggu lalu-lintas kerana kerja-kerja itu dibuat tak mengira masa.
Yang terbaharu dapat dilihat ialah kerja menampal jalan raya di Tenghilan, Tuaran beberapa hari lepas giat dijalankan walaupun ketika hujan lebat dan walaupun jalan raya hampir ditenggelami air banjir.
Hasilnya kira-kira dua kilometer jalanraya Tenghilan itu kini dalam keadaan lebih teruk dari sebelum diturap kerana turapan yang tidak rata mengakibatkan kenderaan yang melaluinya melambung-lambung dan bergegar kuat kerana pasti terlanggar permukaan yang tidak rata.
Jalanraya ini merupakan satu-satunya laluan dari Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat untuk ke Kota Kinabalu, dan semua yang melaluinya pasti merasai “perbezaannya”.
Perkara yang sama dialami para pengguna jalanraya apabila melalui jalanraya menghampiri Inanam tidak jauh dari pusat servis Isuzu.
Jalan itu juga baru saja ditampal sana sini dan hasil turapan yang sama yang tidak rata mengakibatkan kenderaan bergegar dan melambung, bergantung kepada cara pemanduan.
Hampir semua pemandu yang sempat ditemui mengecam mutu kerja berkenaan kerana menurut mereka pemanduan ketika keadaan jalanraya belum ditampal lebih elok dan lancar berbanding sekarang.
“Kalau satu, dua tampalan tak apalah tapi ini beratus tampalan dalam beberapa kilometer amatlah teruk,” kata seorang pemandu yang melalui jalan itu tiap hari.
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Zul memberitahu FMT keadaan jalan di Tenghilan lebih teruk walaupun sebahagian besar tar lama telah dikorek sepenuhnya dan digantikan dengan turapan baru.
“Kalau ada yang tidak percaya, pergilan di dua kawasan itu, baru kamu tahu. Buang duit rakyat saja…” katanya sambil menambah mungkin jalanraya lain di Sabah juga kini mengalami keadaan buruk yang sama.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.