Apa Lagi Musa Aman Mahu?

Saturday, 19 April 2014

Bagi mewujudkan kemajuan, kemakmuran dan keamanan di Malaysia, khususnya di Sabah, rakyat perlu menolak umno/BN, bukannya memberikan sokongan..


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru semua lapisan masyarakat menyokong usaha kerajaan untuk membawa kemajuan kepada rakyat, terutama ketika waktu mencabar ini. Beliau berkata perkara paling penting sekarang ialah kerjasama, sokongan dan komitmen semua pihak, termasuk masyarakat Cina, terhadap kerajaan.

Menurut Musa komitmen masyarakat itu akan membantu usaha kerajaan untuk mewujudkan kemajuan, kemakmuran dan keamanan di Malaysia, khususnya di Sabah. Negara mengalami beberapa kesulitan tahun ini. Kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan kes culik di Semporna baru-baru ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh negara kita.

"Saya yakin, sekiranya kita sentiasa bersatu, kita akan dapat mengatasi kesulitan yang kita alami ketika ini," katanya pada majlis jamuan malam bersempena sambutan ulang tahun ke-40 dan upacara mengangkat sumpah jawatan ke-21 Gabungan Persatuan-persatuan Hokkien Sabah dan Labuan di Dewan Hakka di sini Jumaat malam. - BERNAMA

Ulasan:

Apa lagi Musa Aman mahu? Rakyat Sabah minta Perjanjian Malaysia 1963 dan hak keatas Petroleum Sabah dikaji semula, tapi ditolak mentah-mentah oleh umno/BN.. Bila Jeffrey Kitingan persoalkan pembangunan Sabah seperti jalanraya, Musa melenting dan buat penafian kononnya umno/BN berjaya bawa pembangunan kepada Sabah.. Pendek kata, semua masalah yang disuarakan oleh wakil rakyat pembangkang Sabah dinafikan oleh umno/BN dengan hujah-hujah yang teramat bodoh.

Selepas penafian demi penafian dibuat mengenai masalah-masalah di Sabah, kini Musa Aman menyeru rakyat supaya menyokong kerajaan??.. Cabaran yang dihadapi oleh negara hari ini bukan disebabkan oleh rakyat, sebaliknya disebabkan oleh kelemahan dan kebodohan menteri-menteri umno/BN.. Sebagai rakyat, saya ingin bertanya, apa yang kami dapat jika kami menyokong kerajaan umno/BN?? Sejak umno/BN menang PRU13, rakyat tidak henti-henti dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barangan.. Malah GST juga bakal dilaksanakan tahun depan.. Apa rakyat dapat dengan menyokong kerajaan umno/BN????

Terima sajalah kenyataan bahawa rakyat Sabah menolak kerajaan yang hanya tahu merompak, menyamun, menipu dan memperbodohkan rakyat. Cukuplah rakyat dipaksa menanggung beban kewangan negara yang disebabkan oleh sikap penyamun menteri-menteri umno/BN.. malah rakyat juga menangung malu disebabkan kebodohan dan sikap menyembunyikan maklumat oleh menteri-menteri umno/BN.. Tidak perlulah Musa Aman tambah lagi beban rakyat dengan menyeru rakyat menyokong kerajaan penyamun, penipu dan lemah dalam segala hal...

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.