Akhirnya Wan Junaidi Mohon Maaf, Tapi..

Thursday 10 April 2014

Wan Junaidi, Semporna, Culik, ESSCOM

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini memohon maaf kepada rakyat Sabah ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Wan Junaidi yang menjawab satu soalan di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun menjelaskan, belau tiada masalah untuk meminta maaf, walau isu tersebut timbul disebabkan oleh laporan media tertentu yang didakwa “memutar belit” kenyataannya.

Tanpa merujuk media terbabit dengan khusus, MP Santubong itu mendakwa media berkenaan juga tidak melaporkan keseluruhan kenyataannya, sehingga menimbulkan kontroversi.

"Sebelum saya menjawab soalan YB, biarlah saya buat penjelasan seidkit, berhubung kenyataan yang banyak heboh hebah dalam surat khabar. Apa yang (saya) sebut dalam satu rangkap (ayat) sahaja.

"Rangkap saya sedemikian ialah: Jika ikut cara saya, semua resort terpencil dalam zon merah, mesti ditutup. Tetapi kita tidak boleh (bertindak demikian) kerana ia merupakan bahagian utama dalam infrastruktur pelancongan.

“(I said, if I could have it my way, I would close down all the resorts in the red zone area. But we cannot, because it is a key part of the tourism infrastructure).

“Tetapi bahagian terakhir itu digugurkan, hanya bahagian pertama yang dipetik,” kata Wan Junaidi lagi.

"Saya tiada masalah, saya minta maaf kepada semua orang Sabah, walaupun kenyataan saya diputarbelit,” tambahnya.

Beliau menjawab soalan yang diajukan oleh Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.