Tutup Kelemahan, ESSCOM kambing Hitamkan Pengusaha Resort

Saturday 5 April 2014

Baik lu resign bro..

Ketika berlakunya kes culik dan bunuh di Pulau Pom Pom pada bulan November tahun lepas, ramai pihak yang menyalahkan dan mempersoalkan penubuhan ESSCOM.. Tidak tahan dengan kritikan dan kutukan pelbagai pihak, ESSCOM mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pengusaha resort kononnya tidak bekerjasama dengan pasukan keselamatan..

Mungkin pada waktu itu orang ramai masih boleh menerima penjelasan ESSCOM untuk sama-sama menuding jari terhadap pengusaha resort.. Namun pada kali ini, ESSCOM tidak patut menggunakan alasan yang sama dengan mengkambing hitamkan pengusaha resort memandangkan mereka sudah tahu punca atau faktor penyebab kes ini berlaku.. Sampai bila ESSCOM mahu mengelak dari kesilapan dan kelemahan sendiri?? Dan sampai bila pengusaha resort dijadikan mangsa setiap kali berlakunya tragedi penculikan?? Baca kenyataan Ketua Pengarah ESSCOM (DISINI)

Apakan ESSCOM tidak belajar dari kesilapan?? dan bagaimana warga asing tanpa dokumen boleh bekerja di dalam kawasan yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan?? Jika pulau di Semporna tidak mampu dijaga oleh pasukan keselamatan yang telah dibekalkan dengan pelbagai aset pertahanan, inikan pula negeri Sabah atau negara Malaysia... Dan jika Zon Keselamatan di Sabah memerlukan belanja ratusan juta ringgit hanya untuk menjaga beberapa kawasan perairan, agaknya berapa ratus billion yang diperlukan kerajaan Barisan Nasional untuk mengawasi lautan dan daratan Malaysia??

Sebab itulah masalah kebanjiran warga asing di Sabah tidak pernah selesai, malah semakin menjadi kritikal.. Lihat saja bagaimana kawasan kecil yang sedang dikawal ketat dengan segala aset pertahanan yang berharga ratusan juta ringgit, masih gagal menyekat kemasukan pekerja asing ke Semporna.. Jika tidak berlaku kes penculikan baru-baru ini, maka sampai beranak-pinak lah warga asing itu bekerja di resort berkenaan..

Mengaku sajalah semua ini berpunca dari kelemahan ESSCOM dan kerajaan Barisan Nasional.. Tidak perlu salahkan pihak lain kerana pihak lain seperti pengusaha resort tidak dibekalkan dengan aset pertahanan ratusan juta ringgit.. Bukan penulis sahaja malah Ketua Pemuda LDP Sabah juga meluat dan menyampah dengan sikap kebudak-budakan ESSCOM;

We (the governments) has been given so many opportunities to redeem ourselves and yet …. Our effort to set up the Eastern Sabah Security Command (Esscom) does not seem to have made any difference, despite the millions of ringgit being spent for its establishment. It is even more agonizing and disappointing that, after the occurrence of the incidence at Singamata Reef Resort on Wednesday, we see different security agencies starting the blaming game and pointing finger against each other. No one is taking responsibility for the incident. No one is showing bravery and dignity,” - Tsang Hieng Yee

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.