SESB Laksana Catuan Di Banyak Daerah

Tuesday 1 April 2014


Oleh: Oliver Voon

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terpaksa melaksanakan catuan di banyak daerah selama beberapa jam dari seawal jam 9 pagi Isnin disebabkan permintaan kuasa yang tinggi oleh pengguna.

Antara tempat yang terjejas termasuk Taman Delima, Taman Oriental Phase 1 dan 2, Towering Heights, Kg Nosoob, Kg Melawa, Kayu Madang, Taman Junction (Jalan Sepanggar), Bukit Perwira, SMK Bestari, Kuarters Jururawat, Muzium, Taman Rose, Stesen Petronas, Taman Fortuna Baru, Rumah Pam Jalan Numbak 1 dan 2, Kg Suang Parai, Kg Numbak, Kg Kibagu dan 1Borneo.

Difahamkan beberapa kawasan perumahan di sepanjangn Jalan Bundusan Duta di Penampang juga sama-sama terjejas, termasuk Sandakan, Tawau, Beluran, Tawau, Lahad Datu, Beaufort, Sipitang, Kudat dan bahagian lain pedalaman Sabah.

Seorang jurucakap SESB, apabila dihubungi, berkata ia mengalami kapasiti penjanaan rendah di seluruh Sabah kebelakangan ini. "Ia diketengahkan dalam akhbar (merujuk kepada muka depan Daily Express di bawah tajuk 'My Power team to help out SESB next' pada 30 Mac) mengenai masalah kuasa negeri," katanya.

Katanya, catuan itu terpaksa dilakukan untuk menjaga kestabilan sistem. "Ini adalah perlu untuk mencegah gangguan menyeluruh berlaku," tambahnya.

Dia memberi jaminan bahawa masalah penjanaan kuasa rendah di Sabah akan diatasi apabila loji kuasa tambahan Kimanis Power Sdn Bhd dan SPR Energy (M) Sdn Bhd yang masing-masing mempunyai kapasiti untuk menjana 285 Megawat (Mw) dan 100 Mw, mula beroperasi. "Ia sedia beroperasi lewat tahun ini" katanya.

Jurucakap itu menjawab banyak aduan daripada orang awam yang kecewa dengan gangguan kuasa mengejut yang berlangsung selama lebih sejam pada 31 Mac.

Ramai bertanya kenapa mereka tidak dimaklumkan melalui akhbar. Tentang satu aduan daripada seorang awam, kenapa sebuah kotak panel kawalan masih terbiat di atas pembahagi jalan di jalan Bundusan Duta walaupun perkara itu dilaporkan dalam akhbar, katanya ia bukan dibawah tanggungjawabnya.

Harian Express memeriksa dengan Majlis Daerah Penampang dan dimaklumkan bahawa kotak panel itu bersambung dengan lampu jalan di sepanjang jalan itu, dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta diminta merujuk kepada jabatan itu.

Extracted from Daily Express by Sabah Report

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.