RM134 juta untuk bekalan elektrik Nabawan

Thursday 10 April 2014

Bobbey (keempat kiri) diberi penerangan mengenai projek pembangunan SESB 

NABAWAN: Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Bobbey Ahfang Suan menegaskan bahawa dengan peruntukan kerajaan hampir RM134 juta pembinaan menara dan talian penghantaran 132kV (kiloVolt) memberi impak positif terhadap kestabilan bekalan elektrik terutamanya di kawasan Nabawan.

Tegasnya, projek sepanjang 71 kilometer dari Tenom ke Nabawan itu adalah bertujuan bagi melaksanakan projek menaiktaraf bekalan elektrik luar bandar yang turut melibatkan pembinaan Stesen Pensuisan Utama (MSS) Tenom dan pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) Nabawan.

Kata beliau, projek yang bermula sejak Mei 2012 itu adalah sebuah inisiatif di bawah projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang dilaksanakan oleh kerajaan di seluruh negeri Sabah.

“Pelaksanaan projek pembangunan prasarana elektrik utama ini dijangka akan dapat disiapkan pada awal tahun 2016 dan seterusnya akan,” jelas beliau.

Bobbey yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nabawan berkata demikian kepada media sewaktu membuat lawatan kerja ke lokasi tapak pembinaan PMU Nabawan di sini pada hari Rabu.

Menurutnya lagi, apa yang lebih penting, usaha tersebut merupakan suatu perkembangan yang tentunya akan memberi manfaat besar kepada para penduduk di kawasan pedalaman, khususnya di kawasan Nabawan.

Oleh kerana itu, jumlah pengguna berdaftar di kawasan Nabawan pada masa ini semakin meningkat dianggarkan sebanyak 1,655 pengguna yang terdiri daripada pengguna-pengguna domestik dan komersil, ujar beliau.

“Dengan adanya projek ini juga, maka system rangkaian 132kV terutamanya di kawasan pedalaman Sabah akan dapat dipertingkatkan bagi menampung pertumbuhan permintaan bekalan elektrik di masa akan datang,” jelas beliau.

Sementara itu, Bobbey memberitahu bahawa selain projek talian penghantaran 132kV tersebut, terdapat dua lagi projek BELB serupa yang kini sedang giat dilaksanakan iaitu projek 132kV Kota Belud – Ranau dan projek 132kV Seguliud – Sapi Nangoh.

Beliau berkata, projek-projek berkenaan, yang disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan diambilalih oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) setelah siap sepenyhnya kelak.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.