Bila agaknya pihak berkenaan akan mengambil tindakan terhadap Raja Bomoh yang pernah memalukan imej Malaysia di mata dunia ini?
Raja Bomoh Sedunia hari ini menggemparkan rakyat Malaysia sekali lagi. Ingatkan, dia hanya berminat terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370 di Lautan Hindi, rupanya sanggup menyibukkan datang ke lokasi kemalangan!
Raja Bomoh pada beberapa minggu yang lalu dikecam hebat oleh pihak pengurusan hotel ekoran membuat 'sidang media' (video recording) tanpa kebenaran dan tidak berbayar. Akibat dari itu, manager on duty pada hari tersebut diberhentikan kerja.
Kali ini, dalam kes kemalangan maut yang melibatkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh juga turut menarik perhatian Raja Bomoh.
Dengan kehadiran yang tidak diundang, berbekalkan semangkuk air dan ditemani oleh pembantunya, Raja Bomoh dipercayai sedang menenangkan roh mendiang Ahli Parlimen Bukit Gelugor.
Justeru, ramai yang tertanya-tanya bila agaknya pihak berkenaan akan mengambil tindakan terhadap Raja Bomoh yang pernah memalukan imej Malaysia di mata dunia ini? Apakah pihak 'berkenaan' terlalu malas untuk melayan si bomoh yang pada masa ini aktif ke sana sini mencari populariti? - Isu Panaz
Omak Kau mendapat kiriman gambar memberitahu bahawa Raja Bomoh 1M'sia Sedunia Nujum VIP telah pergi ke lokasi kemalangan yang meragut nyawa mendiang YB Karpal Singh hari ini untuk melakukan ritual.
Pemergian beliau disana bukannya sebarang arahan dan permintaan dari mana-mana waris mendiang YB Karpal Singh atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat.
Untuk apa dia lakukan ini semua langsung tidak dapat difahami. .. berterusan dengan kerja syirik, kurafat dan tahyulnya. - Omakkau
Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat
ReplyDelete-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura
Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...
WhatsApp +62 822 4631 1483