Musa Aman Gelabah Bila Jeffrey Sentuh Aspek Pembangunan

Tuesday, 15 April 2014

Tidak heranlah jika ada pemerhati politik yang melaporkan bahawa Sabah ketandusan pemimpin-pemimpin yang mempunyai idea kreatif untuk membangunkan Sabah. Semua menteri-menteri Sabah yang ada pada hari ini hanya tahu berucap, merasmikan majlis, mempengerusikan mesyuarat dan berjumpa dengan orang-orang besar termasuk kroni.


Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Star-Bingkor) tidak harus memutarbelitkan fakta semata-mata untuk mengelirukan rakyat negeri ini. Beliau bangun mencelah ucapan Jeffrey semasa membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Sabah yang mendakwa Sabah masih ketinggalan daripada semua aspek pembangunan terutama jalan raya luar bandar yang berhabuk dan tidak berturap berbanding di Semenanjung yang mempunyai lebuh raya.

"ADUN Bingkor ini selalu bercakap seolah-olah kita sebagai kerajaan BN tidak buat apa-apa. Kita menerima kalau ucapan itu munasabah dan yang betul kita okay...tiada masalah, tetapi kebanyakan fakta yang dikeluarkan oleh wakil rakyat Bingkor itu tidak betul," kata Musa.

Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan berjumlah beribu-ribu juta ringgit kepada Sabah untuk dibelanjakan antara lain dalam sektor pelajaran, kesihatan dan keselamatan. - BERNAMA

Ulasan:

Lain ditanya lain pula Musa Aman jawab.. Jeffrey tanya mengenai pembangunan seperti jalanraya, yang Musa Aman sebut peruntukan beribu-ribu juta tu apa hal? Memang betul lah jalanraya di Sabah tidak semaju jalanraya di negeri-negeri Semenanjung.. Apa yang disampaikan oleh Jeffrey sangat bertepatan dengan keluhan rakyat negeri ini.. Baiklah, memandangkan Musa Aman sudah terlanjur kata kononnya kerajaan persekutuan telah membelanjakan beribu-ribu juta kepada Sabah, elok juga kita tanya kearah mana peruntukan itu dibelanjakan?

Sektor pelajaran di Sabah perlu dinilai secara menyeluruh, iaitu merangkumi kawasan luar bandar. Sehingga hari ini, guru-guru dan pelajar masih menghadapi kesulitan untuk ke sekolah. Malah sekolah rendah di kampung saya sendiri, ramai guru yang terpaksa bercuti setiap kali musim hujan. Selain berhadapan dengan faktor jalanraya yang berlumpur, licin dan curam, guru-guru juga terpaksa mengambil risiko menggunakan jambatan gantung yang amat dikhuatiri tahap keselamatannya.

Mengenai sektor kesihatan, masih ada bandar atau pekan yang mana hospital atau kliniknya serba kekurangan, apatah lagi di kawasan luar bandar. Ahli keluarga saya sendiri pernah mengalami kesulitan terpaksa berulang-alik dari hospital Kota Belud ke hospital Kota Kinabalu kerana kekurangan peralatan dan juga bilik/katil. Masalah seperti ini sudah banyak kali dibangkitkan oleh rakyat Sabah terutamanya yang tinggal jauh di pedalaman. Apa menteri umno/BN buat? sekadar beri jaminan melalui suratkhabar Daily Express atau News Sabah Times tidak akan memberi apa-apa kelegaan kepada rakyat Sabah jika tidak ada tindakan..

Dari segi keselamatan, seluruh dunia sudah tahu bahawa sempadan perairan Sabah terlalu mudah dibolosi pengganas walaupun adanya kawalan ketat dari pasukan keselamatan. Perkara yang lebih membimbangkan adalah, penceroboh-penceroboh ini dikatakan mampu bertutur bahasa Malaysia dan pernah tinggal di Sabah. Bermakna, sejak umno/BN memerintah, sempadan perairan Sabah sudahpun dibolosi secara bebas oleh orang luar. Jadi, mana peruntukkan beribu-ribu juta ringgit yang kononnya disumbangkan oleh kerajaan persekutuan untuk tujuan keselamatan di Sabah?

Musa Aman sepatutnya belajar untuk memahami keluhan rakyat yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Jeffrey Kitingan. Saya sifatkan terlalu bodoh dan dangkal bila ada pihak yang menafikan secara membuta tuli setiap masalah rakyat yang berlaku dihadapan mata. Tidak heranlah jika ada pemerhati politik yang melaporkan bahawa Sabah ketandusan pemimpin-pemimpin yang mempunyai idea kreatif untuk membangunkan Sabah. Semua menteri-menteri Sabah yang ada pada hari ini hanya tahu berucap, merasmikan majlis, mempengerusikan mesyuarat dan berjumpa dengan orang-orang besar termasuk kroni.

Jika beginilah cara menteri-menteri umno/BN bekerja, jangan haraplah Sabah boleh berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri di Semenanjung. Sudah lah malas turun padang berjumpa rakyat, enggan menerima pendapat atau pandangan pembangkang, kini keluhan rakyat pula dinafikan hanya kerana mahu melindungi Putrajaya dan kepentingan diri.

Sedap sungguh didengar ungkapan beribu-ribu juta atau berbilion-bilion ringgit.. Tapi kearah mana peruntukkan itu disalurkan wahai Musa Aman? Jika jalanraya sepanjang 0.9 KM menelan belanja lebih dari RM14 juta, maka fahamlah rakyat kenapa beribu-ribu juta itu gagal diterjemahkan kedalam bentuk pembangunan seperti jalanraya, bekalan air/elektrik, sekolah, klinik, jambatan, dan sebagainya..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.