Misteri MH370 : Ramalan Terakhir Nostradamus!

Tuesday, 15 April 2014

..Yang menjadi mangsa adalah penumbang MH370, yang dijadikan kambing hitam adalah Malaysia, dan yang untung? Sudah pastilah para pesaing syarikat Malaysia Airlines (MAS), para pembekal perkhidmatan satelit, dan para pembekal dan penjual teknologi pertahanan..

MH370

Seperti mana yang telah saya zahirkan sebelum ini - dalam episod yang lepas, kerap saya tegaskan, bahkan berkali-kali saya menyatakan bahawa "mereka" mahu kisah MH370 ini kekal sebagai sejarah paling tragis dan penuh misteri dalam industri penerbangan dunia. Walaupun semua orang - termasuk satu dunia sudah mengetahui kehilangan MH370 sememangnya sebuah konspirasi, kerana ia sangat jelas dan bertepatan dengan ciri-ciri sebuah konspirasi, tetapi itu bukanlah bermakna MH370 berada di Pulau Diego Gracia atau sudah mendarat di sempadan Pakistan. Kita perlu menghentikan pencarian tanda-tanda konspirasi tersebut, sebaliknya kita patut beralih kepada mencari motif sebenar "mereka" mengapa "mereka" mencipta konspirasi ini - kita harus pantas membaca niat jahat "mereka", jika tidak, selama-lamanya kita akan terus berada dalam plot-plot yang penuh dengan keraguan.

Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370. Kevin Barrett bukanlah keseorangan dalam hal ini - hampir semua orang akan berkata begitu. Namun demikian, plot konspirasi MH370 bukanlah semudah sebuah filem konspirasi ciptaan Barat yang sering kita tonton di televisyen - ia jauh lebih sukar daripada itu. CIA pada hakikatnya tidak terlibat secara langsung dalam konspirasi ini - hatta saya sangat yakin Presiden Barack Obama pun sama sekali tidak mengetahui rancangan jahat "mereka" ini. Salah satu ciri konspirasi bertaraf dunia yang wajib kita tahu ialah - ia dilakukan oleh "sekumpulan kecil manusia yang berpengaruh". Sesuatu konspirasi tidak akan dikatakan sebagai konspirasi jika begitu ramai yang terlibat, kerana ia akan menyebabkan risiko kebocoran maklumat yang tidak dapat dikawal. Konspirasi mestilah dilakukan oleh sekumpulan manusia yang berpengaruh dengan menggunakan "tangan" orang lain, memberi impak yang sangat besar terhadap tujuan yang mereka kehendaki serta tidak meninggalkan apa-apa bekas untuk dijejaki. 

Yang wujud hanyalah maklumat yang bersifat khabar angin yang tidak boleh dibuktikan. Saya mengambil contoh yang paling mudah - Perang Dunia ke-2 dicetuskan oleh para pembekal dana antarabangsa - dan bukan para "pelakon-pelakon" tambahannya. Saya memetik buku tulisan William G. Carr berjudul "Yahudi Menggenggam Dunia" berkenaan bagaimana liciknya "mereka" mencipta Perang Dunia ke-2 bagi menjana keuntungan melalui pinjaman dan penjualan senjata. Dan yang menjadi "kambing hitam" adalah Jepun. William G. Carr menulis, "Para pemodal Yahudi antarabangsa melihat tanda-tanda akan berakhirnya Perang Dunia II. Negara yang terlibat dengan perang telah lumpuh dan Stalin bertekad untuk membuat serbuan besar-besaran ke Eropah Barat secara sendirian dan akan menyerbu Amerika untuk menghancurkan musuh dan memperluaskan sayap Komunis ke seluruh dunia.

Para tokoh tentera dan awam Amerika dan Eropah menyedari ancaman bahaya ini. Mereka memandang bahawa untuk menghalang jejak langkah Stalin, pertama berperang dengan Jepun perlu ditamatkan. Perkara ini perlu dibincang secara terbuka dengan Stalin. Akan tetapi, penyelesaian seperti itu dikhuatiri akan merugikan pihak konspirasi antarabangsa. Akhirnya kekuatan tersembunyi ini mengambil jalan pintas untuk menunjukkan kekuatan Barat yang mengerikan itu kepada Stalin supaya Stalin tidak berani membuat serbuan terhadap Dunia Barat. Pilihan mereka adalah terhadap Jepun untuk dijadikan kambing tebusan (kambing hitam) atau medan percubaan tanpa mengambil kira akibat dari senjata pemusnah yang baru pertama kali akan digunakan ketika itu iaitu bom atom.

Protes beberapa pegawai tertinggi Amerika tentang penyelesaian masalah dengan cara barbarian seperti itu bagi mencegah malapetaka tidak mendapat perhatian sama sekali. Bernard Baruch dan para pemodal Yahudi antarabangsa telah berjaya menekan Presiden Roosevelt untuk menggunakan bom atom, walaupun jeneral Mac Arthur dan para tokoh nasional lain menentang penggunaan senjata itu. Maka tidak dapat dielakkan lagi senjata jahanam itu dijatuhkan pertama kali di bandar Hiroshima kemudian bom kedua jatuh di bandar Nagasaki. Jepun segera menyerah kepada pihak bersekutu beberapa hari selepas kejatuhan bom atom itu. Selepas itu, propaganda besar-besaran segera dilancar untuk memberikan justifikasi atas peristiwa biadab tersebut.

Kekalahan Jepun sebenarnya sudah dihidu sebelum bom atom itu dijatuhkan. Ini dijelaskan oleh jeneral Mac Arthur sendiri, sebagai panglima tertinggi tentera Amerika Syarikat di Timur. Hal yang sama juga diucapkan oleh para tertinggi Amerika lain. Sumber perisik yang lain menunjukkan adanya gejala, bahawa Jepun sudah cuba berkali-kali untuk menyerah dan bersedia menemui di meja rundingan damai, tetapi ditolak oleh pihak yang berniat menjatuhkan bom atom tersebut.Jatuhnya bom atom telah menamatkan Perang Dunia II.

Dalam Perang Dunia ke-2, yang menjadi konspiratornya adalah sekumpulan pemberi dana (dengan kata lain pemilik bank dan institusi kewangan dunia yang super kaya dalam hal ini sudah tentulah keluarga Rothschild) yang menjadi mangsa adalah rakyat biasa dan yang menjadi "kambing hitam" pula adalah Jepun. Para pelakonnya adalah negara-negara yang terlibat dalam peperangan tersebut. Yang untung besar adalah pembekal modal - "mereka" tidak ramai tetapi begitu kaya.

Menyelusuri isu MH370 - yang melakukan konspirasinya bukan CIA atau agensi perisikan, tetapi kemungkinan besar para konspiratornya adalah dalam kalangan syarikat kewangan/insurans, penerbangan, teknologi ketenteraan dan syarikat satelit. Yang menjadi mangsa adalah penumbang MH370, yang dijadikan kambing hitam adalah Malaysia dan yang untung? Sudah pastilah para pesaing syarikat Malaysia Airlines (MAS), para pembekal perkhidmatan satelit, dan para pembekal dan penjual teknologi pertahanan.

Sudah tiba masanya kita menyiasat permainan politik dalam kalangan pencatur industri penerbangan, syarikat-syarikat satelit, syarikat-syarikat kewangan antarabangsa dan syarikat-syarikat pembekal teknologi ketenteraan. "Mereka" ini mempunyai ciri-ciri sebagai konspirator sebagaimana tercetusnya Perang Dunia ke-2. Selama berabad-abad kita menyalahkan Hitler, namun tiada sesiapa pun yang syak bahawa pembekal dana antarabangsa yang menyebabkan perang dunia ke-2 tercetus. Sehingga berkurun lamanya, "mereka" sangat bijak menyembunyikan peranan dan menggunakan tangan orang lain bagi menumpahkan darah orang yang tidak berdosa - oleh kerana "mereka" bukan dalam kalangan orang politik, pemimpin dan tentera, maka sejarah tidak dapat "melihat" dan "menulis" peranan dan kejahatan para pemegang modal ini.

Sejarah tidak pernah menghukum "mereka" - mahkamah tidak pernah berjaya untuk membuktikan "mereka" bersalah - sedangkan "mereklah" yang menghasut, memujuk, merancang dan membekalkan dana, agar peperangan tercetus, keuntungan berlipat kali ganda - mereka menyalurkan duit untuk melakukan penyelidikan dan mencipta pelbagai bom canggih - "mereka" menghasut agar bom ini digunakan dan "mereka" juga yang menawarkan pakej hutang dan pembangunan semula! Hitler tidak mungkin boleh mendapat pengaruh dan sokongan hanya kerana petah berkata-kata. Dikhabarkan antara syarikat-syarikat Yahudi yang menaja Adolf Hitler dalam segala aspek adalah seperti berikut:

1. Siemens and Halske (Jerman)
2. General Motor (Amerika)
3. Osram (Jerman)
4. Standard Oil - Rockefeller family (Amerika)
5. Royal Dutch Shell (Jerman)
6. National City Bank of New York (Amerika)
7. German General Electric (Jerman)
8. JP Morgan (Jerman)
9. Ford Motor Company (Amerika)
10. Bank of Manhattan (Amerika)
11. Schneider-Creuzot Group (Perancis)

Sokongan kewangan yang kuat dari belakang Hitler membuktikan bahawa Adolf Hitler adalah individu yang telah dipilih dan direkrut untuk tujuan peperangan semata-mata. Kuasa wang adalah punca kuasa utama untuk seseorang yang tidak ada apa-apa dalam parti untuk terus meningkat ke tahap kepimpinan tertinggi parti. Penguasa bank dan industri-industri antarabangsa dari seluruh dunia dilihat adalah peneraju utama peperangan manakala akhbar-akhbar antarabangsa adalah lidah raasmi yang bertindak memprovokasi agenda propaganda elit-elit Yahudi.

Hitler tidak lebih dilihat sebagai kambing hitam yang terpaksa memimpin Parti Nazi dengan berpura-pura berani di hadapan rakyat Jerman. Kematian Hitler juga menjadi kesangsian dunia sehingga ke hari ini malah mengundang pula pelbagai teori-teori biologi. Misteri kematian boneka Hitler tidak ubah seperti misteri kematian boneka Napolean yang dipindahkan di sebuah pulau terpencil di Perancis. Saya membawa cerita Hitler ini adalah untuk menjadi kiasan kepada kisah MH370. Oleh kerana MH370 tidak dirampas, tidak juga disabotaj dan tidak juga disebabkan masalah teknikal - maka MH370 adalah masalah konspirasi yang dilakukan oleh "mereka" yang berada diluar daripada "orang yang disyaki".

"Mereka" itu bukanlah CIA, Mossad, Pengganas Iran, al-Qaeda atau mana-mana negara yang disyaki, sebaliknya "mereka" itu berada yang dalam industri yang kita sendiri tidak menyangka bahawa "mereka" sanggup melakukannya. Inilah yang patut diberi perhatian.

Menyambung kembali kisah yang lalu berhubug hipotesis saya berkenaan "kebangkitan China sebagai sebuah kuasa besar ekonomi dunia yang telah lama dirancang", saya menyakini bahawa di sisi lain, sejak zaman Richard Nixon, Presiden AS ke-37, "mereka" para pemilik modal antarabangsa ini sudah bersiap-sedia mencari dan mewujudkan satu lagi sumber kewangan/dana bagi menjamin keuntungan dan kekayaan "mereka" kekal bertambah dan tidak berkurangan. AS dijangka tidak mampu bertahan lama, manakala China mempunyai pasaran, keluasan dan rakyat yang boleh diperguna. 

Kunci kepada penjanaan kewangan bagi para pemegang dana ini dalam beberapa dekad yang lalu ialah - emas, tanah, riba/hutang, minyak, dan ketenteraan. Namun demikian, untuk meneruskan kesinambungan hayat masa hadapan "mereka", itu semua masih belum memadai - masa hadapan banyak dipengaruhi oleh inovasi. Inovasi akan menawarkan banyak kekayaan baharu, khususnya bagi negara yang sedang "bangkit" seperti China dan di sana ada lubuk kekayaan yang sangat banyak untuk mereka yang sangat jelas penglihatannya. "Mereka" menawarkan kepada China bukan sahaja modal, tetapi kepakaran dalam inovasi. Seperti mana yang saya catatkan sebelum ini bahawa Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman pernah menyatakaan bahawa Israel berhasrat mencari sekutu baru - khususnya dalam kerjasama inovasi! 

2 comments:

  1. apa kaitan tajuk entry dgn artikel yang kau copy paste nih?
    phuiii...

    sila belajar etika berblog. jgn terus jadi sampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro.. link ada kat bawah.. sila tanya empunya artikel asal kenapa dia letak tajuk begitu..

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.