MH370: Maklumat "Ping", Helah Kuasa Besar Tipu SAR?

Sunday 13 April 2014

Tidak terfikirkah dunia mengapa Amerika dan Rusia tidak menggunakan kecanggihan pengimejan satelite mereka untuk mencari MH370.

Amerika, Rusia, China, MH370

Permainan dalang yang menyebabkan kehilangan MH370 makin hari makin jelas. Dengan meletakkan beberapa kepalsuan melalui penguasaan teknologi, mereka berjaya memperdaya dunia. Mengalih tumpuan daripada realiti dengan maklumat palsu itu dan ini. 

Dunia diperbodohkan oleh perampas. Kita imbas kembali berita perang teknologi Amerika dan Russia suatu ketika dahulu. 

Amerika mendakwa boleh mengesan sebarang objek sebesar jari kelingking manusia melalui satelitenya manakala Russia mendakwa mampu mengecam setiap orang arab hanya melalui janggut mereka sahaja dengan menggunakan imej satelite. 

Tidak terfikirkah dunia mengapa kedua-dua kuasa besar dunia ini tidak menggunakan kecanggihan pengimejan satelite mereka untuk mencari MH370.

Antara kedua-dua negara tersebut siapakah yang berkepentingan terhadap MH370. Negara manakah yang menguasai Australia, United Kingdom, dan India???? 

Amerika, Rusia, China, MH370
KOMEN PEMBACA

Negara manakah yang boleh membuatkan sesebuah kerajaan kecil melutut atas kemahuan mereka demi menjaga ekonomi yang terlalu bergantung kepadanya. 

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370. 

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370” kata Houston. 

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia. 

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat. 

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April. 

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston. 

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.