Kementerian lain perlu diberi kuasa autonomi

Friday 4 April 2014


TENOM: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom, Masdin Tumas (gambar), mengulangi gesaannya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya kementerian lain mengikut jejak langkah yang dipraktikkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberi kuasa autonomi kepada jabatan jabatan di bawahnya untuk melaksanakan projek tidak melebehi RM5 juta.

Beliau berkata, langkah KPM itu harus menjadi contoh kepada lain lain kementerian terutamanya Kementerian Kerja Raya supaya masalah kedaifan infrastruktur jalanraya dapat ditangani dengan kadar segera tanpa menunggu arahan daripada kerajaan Persekutuan.

“Kita sudah bosan mendengar beberapa penjelasan dari beberapa pihak berhubung kedaifan infrastruktur jalanraya di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Kemabong termasuk jalanraya Kg Ulu Marais yang baru dibina dan rosak semula selepas beberapa bulan siap dibina tetapi sehingga sekarang masih terbengkalai begitu sahaja.

“Jika kita meneliti semula kenyataan media Timbalan Menteri Kerja Raya Persekutuan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid di sini yang melawat dan meninjau selepas banjir d isini pada baru baru ini, kononnya Sabah telah diberi peruntukkan RM400 juta untuk penyelenggaraan, tentunya tidak kelihatan permasalahan itu timbul.

“Jadi, mengapakah timbul masalah kedaifan ini sehingga ia tertunggak bertahun lamanya….kami mahu titik nokhta dalam persoalan masalah ini supaya ia selari dengan laungan ‘janji ditepati’ pernah disuarakan oleh pemimpin BN sebelum ini,” tegas Masdin pada Selasa lalu.

Beliau berkata demikian ketika memberitahu pemberita kerana bimbang keselamatan pengguna khususnya penduduk kampong yang menggunakan jalanraya yang kurang sempurna akan terjebak dengan malapetaka sepertimana yang pernah berlaku di Kg Sumambu dua bulan lalu, d imana dua beranak nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung.

Selain itu, Masdin turut menggesa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bahagian Unit Projek Lebuhraya Pedalaman yang telah pun membuat pemantauan selepas menerima aduan di Kg Ulu Marais agar segera membaikpulih beberapa lokasi tanah mendap dan tebing runtuh yang berlaku sebelum pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) lagi.

“Saya difahamkan penduduk disitu Thomas Salam sudah dua kali mengadukan perkara itu kepada pihak JKR selain mendedahkannya ke media namun janji untuk melaksanakan pembaikan sekadar ungkapan dibibir mulut sahaja…dan kadangkala alasan yang diberi tanah disitu sedang dalam kajian…tapi jikalau untuk kajian takkan lah mencecah bertahun lamanya,” tegasnya.

FMT Borneo Plus

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.