Kadar GST M’sia terendah di Asean?

Monday, 21 April 2014

Singapura melaksanakan GST pada kadar hanya 3 peratus ketika pendapatan per kapita rakyatnya melebihi USD15 ribu.. Malaysia??


SANDAKAN: Pelaksanaan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Malaysia adalah yang terendah dalam kumpulan Asean kerana Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus sementara Singapura serta Thailand kadar tujuh peratus. Lantaran itu, ujar beliau, dengan pelaksanaan GST ini beberapa jenis barangan akan menjadi lebih murah dan bergantung kepada kategori jenis barangan berkenaan. Teks ucapannya disampaikan oleh Pengarah Jasa Sabah, Haji Abdul Manap Lakariba. - New Sabah Times

Memanglah buat masa ini kadar enam peratus antara yang terendah di negara-negara Asia.

Tetapi harus diperingatkan bahawa apabila Singapura mula-mula memperkenalkan GST di negara itu berkuat kuasa 1 April 1994, kadar GST yang dikenakan hanya tiga peratus dan kadar itu kekal tidak diubah sehinggalah pada 31 Disember 2002.

Kemudian kadar itu dinaikkan ke empat peratus berkuatkuasa pada 1 Januari 2003 dan dinaikkan satu peratus kepada empat peratus pada 1 Januari 2004. Kadar tujuh peratus ini mula digunakan 1 Julai 2007.

Di sini kita melihat bahawa cara Singapura melaksanakan GST ini adalah cara yang lebih lembut, berperingkat-peringkat. Tapi cara pelaksanaan GST di Malaysia, kita lihat adalah cara yang keras.

Rakyat Malaysia ‘dihentak’ terus dengan enam peratus. Ini cara pelaksanaan yang langsung tidak menunjukkan sikap belas ehsan kepada rakyat.

Macam mana pelaksanaan GST di Singapura jika dibandingkan di negara ini?

Apabila kerajaan Singapura mengenakan GST dan meningkatkan kadar GST itu secara perlahan-lahan, ia juga menurunkan kadar cukai korporat secara perlahan-lahan.

Pada masa GST itu diperkenalkan di Singapura, kadar cukai korporat di Singapura adalah sekitar 40 peratus. Dan kadar cukai individu adalah juga pada kadar 40 peratus.

Kerajaan Singapura mengambil tindakan menurunkan kadar kedua-dua cukai ini secara perlahan-perlahan dan juga menaikkan cukai GST secara perlahan-lahan. 

Beban cukai keseluruhannya mungkin menurun... semakin ringan. Sebab apabila kadar GST dinaikkan, kadar cukai korporat dan cukai individu diturunkan. Jadi kesan keseluruhan pelaksanaan ini akan meringankan lagi beban cukai rakyat Singapura. Itu kedudukannya.

Semasa pelaksanaa GST, Singapura sudah bertaraf negara maju?

Semasa Singapura memperkenalkan GST, Singapura telah bertaraf negara maju dengan pendapatan perkapita rakyat Singapura melebihi USD15 ribu setiap orang rakyat Singapura.

Ini bermakna Singapura memilih untuk mengenakan GST hanya setelah negara itu bertaraf maju. Malaysia masih lagi dalam golongan negara berpendapatan sederhana.

Jadi, kewajaran untuk mengenakan GST pada masa ini mungkin boleh dipersoalkan lebih-lebih lagi apabila bilangan golongan berpendapatan rendah dan miskin masih tinggi di negara ini.

Nisbah hasil cukai kepada KDNK ialah 15.5, ia lebih tinggi dari Singapura iaitu 14.2. Lebih tinggi dari Filipina iaitu 14.4, lebih tinggi dari Vietnam iaitu 13.8, lebih tinggi dari Hong Kong iaitu berpendapatan rendah. Jadi kewajaran kerajaan kita kenakan GST pada masa ini boleh dipersoalkan. - Detik Daily

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.