Jawapan Standard Menteri umno/BN Tutup Kelemahan

Sunday 13 April 2014

Jika Wan Junaidi mencadangkan supaya resort di pulau terpencil di Sabah ditutup, adakah Shabery Cheek juga akan mencadangkan semua lebih 14 juta akaun Facebook ditutup?


Sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertindak pantas menutup kelemahan kementeriannya dengan menyalahkan kedudukan resort yang kononnya terpencil sebagai punca berlakunya kekerapan kes penculikan di Semporna. Walaupun beliau telah memohon maaf, namun sikap suka beralasan dan gemar mengkambing hitamkan pihak lain tetap mengundang keraguan rakyat negeri Sabah mengenai jaminan keselamatan oleh kerajaan umno/BN.

Kini negara dikejutkan pula dengan kewujudan laman sosial Facebook yang giat melakukan provokasi kaum/agama dan telah beroperasi hampir setahun menggunakan nama Menteri Komunasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Persoalannya, bagaimana SKMM gagal mengesan laman sosial tersebut yang secara terang-terangan menggunakan nama menteri berkenaan?

Diminta mengulas mengenai dakwaan SKMM tidak tegas dalam membendung perkara seperti ini, Shabery berkata Malaysia pada masa ini mempunyai lebih 14 juta akaun Facebook yang merupakan antara jumlah tertinggi pemilikan akaun itu dalam sesebuah negara dan akaun itu ditadbir oleh pihak Facebook sendiri bukan SKMM.

Jawapan serta alasan yang diberikan oleh menteri-menteri umno/BN ini jelas menunjukkan mereka memang tidak layak memegang jawatan itu.. Bermakna, tidak ada jaminan mengenai isu keselamatan di Sabah dan tidak ada jaminan bahawa provokasi kaum melalui laman sosial ini akan dapat dibendung oleh menteri-menteri umno/BN.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.