Kemenangan kecil PRU13 punca PM berdiam diri dalam kemelut politik negara

Sunday 11 May 2014

Najib lebih senang berdiam diri, terutamanya tentang kebangkitan pelampau Melayu Islam serta kebimbangan mengenai kenaikan kos hidup di kalangan 40% kumpulan penduduk.

Setahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seolah-olah berada di serata tempat.

Beliau mengejutkan negara selepas 2009 dengan menjual agenda transformasi beliau, termasuk janji-janji untuk memperbaiki ekonomi Malaysia dan mewujudkan masyarakat yang tidak mengira bangsa dan asal usul.

Namun selepas memenangi pilihan raya pada 5 Mei 2014, Najib seolah-olah bersikap dingin dan meminggirkan diri.

Beliau lebih senang berdiam diri, terutamanya tentang kebangkitan pelampau Melayu Islam serta kebimbangan mengenai kenaikan kos hidup di kalangan 40% kumpulan penduduk.

Ini terjadi walaupun dengan hasil kajian pada Mac 2014 oleh Merdeka Center yang menunjukkan 52% daripada rakyat Malaysia masih berpuas hati dengan prestasinya.

Sikap berdiam dirinya oleh ahli politik berpengalaman seperti beliau amat membimbangkan, kata ahli akademik dan penganalisis.

Ia mencerminkan strategi berbahaya 'double game' yang pernah digunakannya dalam penggal sebelum ini.

Sebagai contoh, Najib menabur janji kepada rakyat Malaysia yang mahukan Barisan Nasional lebih inklusif, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka dan beliau mempromosikan Malaysia sebagai negara Muslim sederhana yang berdemokrasi di mata dunia.

Walaupun pada masa yang sama, parti yang beliau ketuai sebenarnya adalah paranoid, Melayu Islam berfikiran sempit dalam Umno serta NGO bersekutunya.

Mengambil jalan mudah

Tanda-tanda awal 'double game' beliau boleh dilihat dalam beberapa bulan pertama selepas pilihan raya 5 Mei apabila Najib bekerja keras untuk membentangkan pentadbirannya seperti sedang dilakukan ke arah nilai Islam yang sederhana.

Beliau mendapat pujian daripada Perdana Menteri Britain, David Cameron pada Oktober tahun lalu kerana "menyatukan pihak sederhana dalam memerangi ekstremisme ".

Bagaimanapun, semasa ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung Umno dua bulan kemudian, beliau berkata parti itu akan menjadi parti umat Islam.

Perang diisytiharkan ke atas homoseksual, Syiah dan sesiapa yang mereka isytiharkan "sesat".

Najib juga berkata Umno akan mempertahankan pengharaman penggunaan istilah Allah oleh orang bukan Islam.

Beberapa minggu kemudian, kumpulan ekstremis Melayu mengumumkan mereka akan membantah gereja di luar di Selangor yang menggunakan kalimah Allah dalam khutbah mereka.

Umno Selangor juga melancarkan “roadshow” di seluruh negeri untuk menyokong larangan negeri ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Di beberapa program, mereka membakar patung seorang paderi Katolik, Lawrence Andrew.

Hanya apabila serangan terhadap beberapa gereja di Pulau Pinang bermula, barulah Najib bersuara dan menggesa orang ramai supaya bertenang.

Apa yang jarang didengar sekarang ialah laungan 1Malaysia yang inklusif dan menghormati semua masyarakat.

Ketua Bahagian Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed percaya gerakan ektremis Melayu yang mendesak dan kini menolak hudud di Kelantan adalah sebahagian daripada strategi baru pentadbiran selepas kehilangan sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya fikir beliau mungkin yakin orang Cina tidak akan mengundi BN di pusingan seterusnya. Jadi tidak ada pilihan lain selain mendapatkan undi majoriti Melayu (tetapi untuk dipergunakan) kaum dan isu-isu agama.

"Ia tidak bermakna strategi ini akan membolehkan Umno mendapat 60 keping atau lebih daripada undi Melayu di seluruh negara sekali lagi, tetapi ia mungkin cukup untuk memenangi sedikit kerusi majoriti Melayu dan mengekalkan kuasa.

"Bahagian yang menyedihkan ialah saya tahu beliau benar-benar percaya terhadap konsep 1Malaysia tetapi beliau membuat keputusan... mengetuai budaya popular dalam Umno berbanding memimpin dan mengubahnya menjadi lebih baik," kata ahli Parlimen Pulai itu.

Mengambil berat semua perkara

Salah satu sebab perubahan sikap beliau mungkin kerana beliau begitu dekat dengan program transformasinya.

Beliau melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) , Model Ekonomi Baru (NEM) dan konsep 1Malaysia.

NEM boleh dikatakan yang paling bercita-cita tinggi. Antara yang lain, ia berjanji menurunkan tindakan afirmatif bagi orang Melayu untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing.

Ia juga dipanggil pengagihan semula kekayaan dan peluang atas dasar keperluan dan merit dan bukannya semata-mata berdasarkan kaum.

Oleh itu, apabila BN menerima kurang undi daripada yang dijangkakan dalam pilihan raya umum dan beliau tidak berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen, beliau mengambilnya sebagai satu teguran peribadi.

"Saya fikir beliau benar-benar bekerja keras secara peribadi dan berjaya membuat pembaharuan utama seperti memansuhkan ISA yang difikirkan rakyat akan berpuas hati," kata Nur Jazlan.

"Saya rasa keputusan PRU13 mengejutkannya kerana selama ini beliau menyangka beliau memberi apa yang dikehendaki oleh rakyat.

"Saya rasa beliau lupa bahawa majoriti pengundi tidak matang secara demokratik terhadap beberapa isu-isu dasar dan mengundi berdasarkan emosi, " kata Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam Negara.

Penganalisis politik Dr Wong Chin Huat bagaimanapun percaya Najib tidak mendapat sokongan mencukupi daripada pengundi kerana program beliau tidak ketara dapat menyelesaikan semua masalah masyarakat Malaysia pada mulanya.

"Penggal pertama beliau dikritik sebagai pembaharuan dasar kosmetik tanpa reformasi politik yang besar.

"Tanpa demokrasi, ia tidak dapat dielakkan apa yang dipanggil 'pembaharuan' olehnya akan dibantah oleh orang lama.

Najib hanya berharap boleh menang undi mencukupi untuk memberi nafas baru hegemoni Umno," kata Wong daripada Institut Pulau Pinang.

Menjauhkan Umno daripada unsur perkauman

Suatu polisi yang membibitkan peristiwa 13 Mei tidak akan berguna, kata Nur Jazlan.

Ia juga tidak patut dilakukan dalam masyarakat plural dan berbilang budaya seperti Malaysia.

"Orang Melayu yang tinggal di bandar berubah dan dibentuk oleh budaya bandar dan kurang takut dengan ancaman 13 Mei akan berlaku lagi.

"Terdapat satu kelas Melayu pertengahan bandar yang mempunyai kekayaan, pendapatan dan aset akan kehilangan semuanya jika berlaku satu lagi 13 Mei dan akan bertindak negatif kepada sikap berdiam diri Najib terhadap pelampau ini," katanya.

Terdapat satu hujah menarik agar Najib meninggalkan permainan “double game” ini, memegang dan membawa Umno ke arah menjadi lebih sederhana, inklusif dan lebih responsif kepada apa yang pengundi mahu.

Menurut bancian Merdeka Center, ia menunjukkan satu daripada setiap dua rakyat Malaysia masih berpuas hati dengan kepimpinan Najib yang juga menunjukkan beliau lebih popular daripada kerajaan dan BN.

Pungutan suara menunjukkan 48% tidak berpuas hati dengan kerajaan berbanding 42% yang berpuas hati, manakala 52% berkata mereka tidak berpuas hati dengan BN manakala 38% berpuas hati.

Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata orang ramai biasanya lebih bersimpati terhadap pemimpin dan lebih menghargai niat mereka.

Populariti pemimpin individu berbanding pentadbirannya adalah hujah yang kuat untuk menentukan hala tuju pentadbiran.

Arah itu termasuk melibatkan diri semula dengan orang ramai mengenai isu-isu yang penting bagi mereka dan mengemudi Umno supaya kembali sabar daripada terus hanyut dengan sikap xenofobia.

Menurut kaji selidik pusat itu juga, isu paling mendesak yang difikirkan responden perlu diberi perhatian kerajaan adalah perang terhadap rasuah – ini termasuk pembaziran dalam perbelanjaan.

Seterusnya adalah perjuangan mengatasi inflasi, meningkatkan tahap keselamatan dan polis, memerangi inflasi, menyediakan perumahan yang mampu milik, meningkatkan kecekapan kerajaan dan membina lebih banyak infrastruktur di luar bandar.

Tiada siapa menyebut melaksanakan hudud sebagai keutamaan atau memerangi Syiah atau kebimbangan mengenai Kristianisasi, menurut pengumpul kajian tersebut.

Sejak pemilihan menunjukkan Najib konsisten lebih popular daripada Umno, tiada sebab mengapa beliau patut terjun ke dalam kepentingan menggila pihak pelampau.

Sebaliknya, Najib perlu menangani masalah rakyat Malaysia yang benar-benar diambil berat mereka.

Bagaimanapun, beliau masih belum melakukannya.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.