Adakah Malaysia negara di mana pihak berkuasa tidak nampak kesalahan kumpulan extremis yang memfitnah dan bercakap buruk mengenai keimanan lain atas nama agama mereka sendiri?
Jika masih ada pegawai polis yang berminat melakukan tugas dengan jujur dan jika undang-undang masih bermakna di Malaysia, semua penceramah di seminar mengenai kalimah Allah dan Kristian, semalam patut ditangkap dan didakwa atas kesalahan menghasut.
Di sesetengah negara lain, mereka boleh didakwa melakukan jenayah kebencian kerana mereka memang cuba membuat rakyat Malaysia saling membenci. Benci kepada Kristian dan benci rakyat Malaysia beragama Kristian.
Seorang penceramah bercakap tentang jumlah Kristian melebihi umat Islam dalam negara – senario yang terpencil seperti Datuk Ibrahim Ali atau Datuk Zuklifli Noordin menjadi paderi.
Tetapi mengapa biarkan ketiadaan fakta dalam kenyataan itu. Lupakah mengenai kadar kelahiran lebih tinggi di kalangan umat Islam berbanding bukan Islam dan lupakah juga bukti empirikal yang menunjukkan lebih ramai Kristian dipaksa atau diperdaya menukar agama kepada Islam di Sabah dan komuniti luar bandar.
Penceramah berkenaan menggunakan angka diragui yang pernah digunakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang memetik satu kajian menyatakan 250,000 umat Islam di Malaysia keluar daripada agama, termasuk 100,000 yang menukar agama kepada Kristian.
Penceramah itu nampaknya mudah terlupa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bulan lalu, 4,520 individu memeluk Islam dalam tempoh empat tahun antara 2008 dan 2012, menurut rekod Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Yang lebih hina adalah, fakta semalam menunjukkan untuk menimbulkan kebencian terhadap Kristian dan memperkenalkan persengketaan agama yang sebenarnya tidak wujud.
Pelajar dan masyarakat Islam biasa diajar untuk membenci rakyat Malaysia yang lain, di sebalik kewujudan bersama kedamaian dari zaman Malaya hingga kemudiannya pembentukan Malaysia.
Ia sudah pasti lebih bahaya daripada kenyataan mendiang Karpal Singh mengenai kedudukan undang-undang atau Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang yang menyatakan niatnya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Atau Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menerbitkan klip video parodi.
Maka, kenapa polis tidak mengambil tindakan? Tunggu apa lagi?
Adakah Malaysia negara di mana pihak berkuasa tidak nampak salah sebuah kumpulan yang memfitnah dan bercakap buruk mengenai keimanan lain atas nama agama mereka sendiri? Atau adakah kita patut terkejut dengan ketiadaan tindakan terhadap kejadian itu?
Apatah lagi, sekumpulan lelaki pernah dibenarkan berarak dengan kepala lembu untuk membantah pembinaan kuil Hindu di Shah Alam pada 2009, walaupun tahu lembu dianggap sebagai haiwan suci bagi penganut Hindu.
Mereka hanya dikenakan denda yang tidak seberapa dan penjara seminggu.
Bolehkah kita mengharapkan tindakan lebih tegas kali ini diambil terhadap mereka yang meluahkan kebencian dan bercakap buruk mengenai keimanan orang lain? Atau kesederhanaan hanyalah perkataan mudah untuk menarik hati wakil luar negara yang datang melawat.
Putrajaya perlu membuat garis panduan mengenai apa yang boleh diterima dan tidak. Sesiapa pun tidak patut menghina agama semata-mata untuk menunjukkan betapa hebatnya agama mereka sendiri. Agama sepatutnya menyatukan rakyat, bukan memecahkan rakyat.
Dan mereka yang menggunakannya untuk memecahkan masyarakat patut ditangkap, didakwa dan disabitkan kerana memburukan nama agama mereka sendiri dan menghuru-harakan Malaysia. Polis boleh mengambil langkah pertama terhadap mereka yang bercakap di forum di Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.