Apa gunanya belia Sabah belajar tinggi-tinggi jika akhirnya menteri Sabah menasihatkan mereka supaya bekerja sebagai pemotong rumput, angkat buah sawit, susun pelepah, cuci pinggan, bancuh simen dan sebagainya?
KOTA KINABALU: Sikap dan budaya memilih pekerjaan antara penyumbang utama yang menjadikan Sabah mempunyai jumlah graduan menganggur yang tertinggi.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Sabah bukannya negeri yang miskin kerana ia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 300,000 tenaga kerja asing.
Menurutnya, jika ditambah dengan jumlah pekerja asing yang tidak sah, negeri ini memiliki jumlah pekerja asing hampir setengah juta.
Namun jelasnya, masih ramai dalam kalangan belia terutamanya para graduan yang tidak memiliki pekerjaan atau menganggur.
“Ini semua berbalik kepada sikap individu itu sendiri yang lebih cenderung untuk memilih pekerjaan setaraf dengan kelayakan akademik yang dimiliki.
“Mereka menganggap selepas tamat pengajian dan memiliiki ijazah, mereka hanya layak untuk menjawat jawatan tinggi,” katanya. - Borneo Post
Pengangguran bermula selepas kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan
Sesuka hati menuduh tanpa mengambil kira atau pun memikirkan punca mengapa banyak dikalangan para graduan yang menganggur di Negerti sabah khasnya, ada lah amat tidak adil. Apa lagi untuk memperkatakan bahawa mereka ini mempunyai budaya yang terlalu memilih pekerjaan atau pun pemalas.
Masalah pengangguran di kalangan graduan secara ringkasnya bermula bilamana kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan dalam merlaksanakan kerja-kerja yang diperuntukkan oleh kerajaan…Konon bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan birokrasi disamping mengekalkan kualiti dalam masa yang ditentukan.
Justeru tempat pegawai2 kerajaan yang bersara (khas nya jawatan kanan atau professional) dibekukan.
Dengan bermaksud bahawa jawatan tersebut tidak dipenuhi oleh pekerja yang baru (termasuk mereka dari golongan graduan). Dengan ini bilang pegawai2 yang berkelayakan dalam sektor agensi kerajaan bertambah kecil dan berkurangan bilangan nya.
Idealogi kerajaan untuk memberi kuasa dan peluang kepada agensi swasta agar membantu membenteras pengangguran khas nya dikalangan para graduan ada lah gagal dan bercelaru kerana pada hakikatnya kebanyakan agensi swasta ini dimonopoli oleh syarikat yang lebih mengamalkan kaedah kekeluargaan dan proksi.
Maka dengan itu peluang graduan yang tidak terlibat dalam kategori ini hanya bersandarkan kepada nasib untuk mendapat peluang pekerjaan dari syarikat-syarikat tersebut.
Dalam kontek penjimatan dana kerajaan, dasar ini mungkin berjaya tetapi disebaliknya ia akan membuka ruang yang besar kepada gejala sosial saperti pengangguran dikalangan graduan, masa kini.
Dalam pada itu, dasar ini juga telah menganjakkan ‘brain drain’ atau penghijraan dikalangan graduan yang mempunyai ‘connection’ di luar negeri atau pun luar negara saperti Malaya, Singapura, Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan sebagainya.
Rasanya, selagi dasar ini tidak diperbaiki maka pangangguran dikalangan para graduan akan berterusan dan amat susah untuk dibendung. - Suara Bebas Tuaran
Ulasan:
Sabah memang bukan negeri yang miskin jika dilihat dari kekayaan sumber alamnya, cuma yang miskin itu adalah rakyat dan kemudahan infrastrukturnya. Kemiskinan rakyat juga bukan disebabkan oleh sikap rakyat itu sendiri, sebaliknya disebabkan oleh kelemahan kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Dan juga kegagalan kerajaan dalam memastikan peluang pekerjaan di syarikat swasta milik kerajaan diisi oleh graduan tempatan.
Masidi patut lihat sendiri berapa ramai kakitangan Felda di seluruh Sabah didatangkan khas dari Malaya. Hampir semua jawatan-jawatan penting Felda ini diisi oleh orang-orang Malaya, sementara kerja-kerja buruh kasar yang kini diisi oleh warga asing, dicadangkan pula oleh Masidi untuk diisi oleh graduan Sabah?.. Sampai bila rakyat Sabah terus mengungguli carta terbawah jika menteri Sabah sendiri memandang rendah dengan rakyatnya?
Sebagai menteri, Masidi sepatutnya melakukan sesuatu supaya graduan tempatan diberikan keutamaan dalam setiap peluang pekerjaan di negeri ini. Bukannya menuduh graduan tempatan sebagai memilih pekerjaan, dan menasihatkan graduan tempatan supaya mengambil-alih kerja-kerja yang dilakukan oleh warga asing.. Apa gunanya belia Sabah belajar tinggi-tinggi jika akhirnya menteri Sabah menasihatkan mereka supaya bekerja sebagai pemotong rumput, angkat buah sawit, susun pelepah, cuci pinggan, bancuh simen dan sebagainya?
Bagi saya, kenyataan Masidi Manjun ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah terutamanya para graduan tempatan. Beliau sepatutnya faham bahawa graduan di Sabah MEMANG PERLU memilih pekerjaan kerana mereka juga menanggung pinjaman pendidikan puluhan ribu ringgit. Graduan Sabah tidak mengharapkan gaji setinggi pendapatan menteri seperti Masidi, namun memadai jika mereka dapat menampung keperluan harian disamping membayar pinjaman pendidikan.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.