Diskriminasi agama membimbangkan

Friday 9 May 2014

Pandangan kasar admin, UiTM hanya layak mendidik extremis Melayu umno.. Tahu lah kita kenapa sekolah dan universiti yang dikawal oleh Melayu umno hanya layak berada di ranking tercorot dunia walaupun setiap tahun puluhan bilion dibelanjakan..

KUCHING: Rakyat Sarawak merasakan bahawa kebebasan beragama di Malaysia sudah sampai ke tahap yang membimbangkan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Suzie Kulleh di Balai Polis Simpang Tiga, Kuching berikutan Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara yang diadakan pada Selasa lalu di UiTM Shah Alam.

“Saya mahu semua pihak bertindak dengan waras,

“Kita tidak sepatutnya menimbulkan salah faham antara agama kerana ia bakal memecahbelahkan perpaduan rakyat yang berbilang agama dan kepercayaan,

“Diskriminasi agama semakin ketara hari ini dan pihak kerajaan umpama mendiamkan diri mengenai perkara terbabit,” tegas beliau.

Beliau juga menambah laporan ini dibuat sebagai menyokong dan memberi semangat kepada warga Kristian Semenanjung untuk tampil mempertahankan hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Seminar terbabit menurut laporan media nasional dianjurkan oleh UiTM Academy of Contemporary Islamic Studies, Warisan Ibnu Aaby dan Selangor Islamic Council serta mendapat sokongan daripada Utusan Malaysia, Kumpulan Karangkaraf, TV Al-Hijrah, Zikay Group dan Pantai Bharu Group of Companies.

Pelajar Sabah dan Sarawak

Menurut sumber juga, terdapat pelajar Sabah dan Sarawak yang bukan Islam turut hadir di seminar terbabit.

Sementara itu, Vulcan Chopper turut memberi sokongan dan berharap agar pihak yang terbabit jangan mengapikan isu agama.

“Bagaimanakah kita hendak menyuruh ‘chapi’ bercakap dalam bahasa ‘anjing’? Begitu juga manusia, bagaimana kita hendak menyuruh orang lain yang berlainan kepercayaan berfikiran sama seperti kita?

“Itulah hakikatnya, saya melihat perkara ini sudah berlebihan dan pihak terbabit jangan mengeluarkan kenyataan yang menganggu kententeraman rakyat yang mempunyai latar belakang agama yang berbeza,” tegas beliau.

Suzie turut menjelaskan bahawa beliau akan membawa perkara ini kepada Persatuan Gereja-gereja di Sarawak (ACS) pada Jumaat (besok) untuk tindakan lanjut.

Pihak polis juga difahamkan akan merujuk kes ini ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.