Mana janji umno/BN naik taraf Pan Borneo?

Friday, 18 April 2014

“Kerajaan sudah beberapa kali berjanji untuk menaiktaraf Lebuhraya Pan Borneo sejak dari dulu lagi,

BETONG: Kerajaan digesa untuk bersikap lebih serius untuk menaiktaraf Lebuhraya Pan Borneo.

Jurucakap PKR Betong, Noel Changgai Bucking berkata kerajaan perlu bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Kerajaan sudah beberapa kali berjanji untuk menaiktaraf Lebuhraya Pan Borneo sejak dari dulu lagi,

“Kita ingin melihat projek menaiktaraf terbabit mengambil kira kepentingan rakyat yang meminta kerajaan yang sudah berjanji untuk membina lebuhraya yang sesuai untuk Sabah dan Sarawak,

“Penggunaan duit rakyat perlu dilakukan secara berhemah untuk pembangunan negara,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa penaiktarafan ini untuk kebaikan rakyat dari segi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah mengenalpasti 95 buah lorong memotong sepanjang Lebuhraya Pan Borneo.

Kebanyakan Lebuhraya Pan Borneo mempunyai dua lorong dan empat lorong hanya bermula beberapa kilometer masuk ke bandar-bandar utama negeri ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata bahawa rancangan membina dan menaiktaraf 2,239km Lebuhraya Pan Borneo dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2025.

Dalam Bajet 2014, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk menaiktaraf jaringan jalan raya di Sabah dan Sarawak.

“Peruntukan yang digunakan untuk melaksanakan projek terbabit menurut senarai keutamaan yang hasil rundingan antara agensi Persekutuan dan negeri,

Sementara itu, Noel berpendapat kerajaan tidak mengikut keutamaan dalam membina lorong memotong yang sesuai.

“Apa yang berlaku, pembinaan lorong memotong ini dilakukan di sepanjang jalan yang lurus dan rata,” katanya.

Beliau menambah banyak lokasi yang lebih memerlukan pembinaan lorong memotong seperti di beberapa simpang seperti di Simpang Simunjan di Bukit Punda, Kampung Abit, Balai Ringin, Simpang Po Ai contohnya,

“Jalan-jalan ini masih menggunakan dua lorong sahaja,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.