Hutan Simpan: Rakyat Dilarang Bertani, Musa Aman Tebang Balak

Tuesday, 15 April 2014

Fikirlah siapa yang sepatutnya dikenakan tindakan tegas? Rakyat yang semakin dihimpit dengan pelbagai bentuk penindasan kerajaan umno/BN atau Menteri yang rakus merompak dan menyamun "harta" negeri Sabah yang sepatutnya dilindungi oleh pihak kerajaan??


KOTA KINABALU: Orang awam tidak dibenarkan membina rumah atau bercucuk tanam di kawasan Hutan Simpan kerana ia adalah tanah milik kerajaan. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, Jabatan Perhutanan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati mencerobohi kawasan hutan simpan.

“Kita telah berikan amaran kepada orang awam supaya jangan memasuki kawasan Hutan Simpan kerana ia adalah milik kerajaan.

“Mereka sendiri akan rugi apabila Jabatan Perhutanan mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli Datuk Wilfred Bumburing, pada sesi soal jawab, persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin. - New Sabah Times

Rasuah Pembalakan di Hutan Simpan Sabah

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dokumen-dokumen yang diperolehi dari Sarawak Report, membuktikan Menteri Luar Negara Malaysia Anifah Aman, merupakan pewaris rahsia lesen pembalakan yang lumayan yang mengeksploitasi Hutan Simpanan di Sabah.

Konsesi-konsesi itu diperolehinya dari saudaranya sendiri, Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.
Dokumen-dokumen itu membentuk sebahagian dari siasatan utama oleh SPRM ke atas rasuah pembalakan, setelah seorang agen dan wakil kepada Musa Aman, Michael Chia, ditangkap ketika cuba menyeludup keluar SG$16 juta dari Hong Kong pada tahun 2008.

Kini kami boleh mendedahkan dokumen-dokumen berkenaan menunjukkan para penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa Ketua Menteri Sabah telah secara rasuah menganugerahkan lesen-lesen pembalakan di negeri Sabah bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya sendiri.

Namun, siasatan itu telah disekat pada peringkat tertinggi dan segala penemuan dalam siasatan itu telah dirahsiakan, sehingga kini. Menurut pemberi maklumat kami, saudara dan juga penduduk Sabah, selaku seorang Peguam Negara, Abdul Gani Bin Patail, telah menghalang dakwaan dijalankan dan PM Najib Razak pula telah membuta tuli pada skandal itu. - Selanjutnya DISINI

Hutan Simpan telah ditebang oleh Musa Aman

Menurut salah satu dari dokumen-dokumen yang ada pada kami adalah senarai dua konsesi utama dan perjanjian pembelian dengan Yayasan Sabah untuk membalak. Pewaris-pewaris yang dinamakan dalam senarai itu adalah Anifah Aman dan anak saudaranya, Hairul Aman. Pengurus Jabatan Hutan dalam Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong, dinamakan sebagai seorang yang mengesahkan perjanjian-perjanjian itu.

Dari salah sebuah dokumen itu menunjukkan satu set urusniaga dilakukan menerusi syarikat Aktif Syabas Sdn Bhd. Syarikat itu telah dibenarkan untuk menebang 4,336 hektar kayu balak dalam blok YS (Yayasan Sabah) 1/02 dan seterusnya memungut ‘lebihan kayu balak’ di dalam kawasan konsesi yang diusahakan oleh Benta Wawasan BW2/001(1), sebuah kawasan hutan seluas 3,000 hektar. - Selanjutnya DISINI

Musa Aman Dalang Pembalakan di Hutan Simpan Sabah

Lesen-lesen yang dianugerahkan kepada Andrew Lim dan seorang lagi taukey balak, Elbert Lim, merangkumi dua kawasan hutan yang amat luas yang berada dalam kawasan Perjanjian The Heart of Borneo WWF. Lesen-lesen itu membenarkan kerja-kerja membalak di kawasan Hutan Simpan Malua.

Hasil siasatan kami ke atas pengurusan Yayasan Sabah di bawah Musa Aman telah menguatkan lagi maklumat bahawa Ketua Menteri Sabah itu telah ‘memaksimumkan perahannya’ ke atas saki-baki hutan di Sabah. Kami masih menyimpan beberapa contoh kawasan-kawasan yang dilindungi yang telah diserahkan sebagai lesen-lesen pembalakan.

Salah sebuah kawasan yang dimaksudkan itu adalah Hutan Simpan Kuamat, yang telah ditetapkan sebagai tidak boleh diterokai, sehinggalah Yayasan Sabah mengambil alih pengurusan hutan Sabah dan mengubah status kawasan itu pada tahun 2007. - selanjutnya DISINI

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.