ESSCOM: Singkir pihak yang gagal jalankan tugas

Tuesday 8 April 2014

Mengapa kerajaan membazirkan RM300 juta setahun mengekalkan Esscom? Siapa yang mendapat untung dari peruntukan tahunan dan hanya duduk di kerusi empuk tanpa berbuat apa-apa?

ESSCOM, Semporna, Culik, Singamata
 
Apa dah nak jadi dengan Malaysia? Di dalam soal keselamatan dan pertahanan negara pun, pihak berkuasa masih menyalahkan satu sama lain.

Sebagai sebuah negara, kerajaan seakan tidak peduli langsung soal akauntabiliti dan sifat menggalas tanggungjawab. Negara bakal musnah jika berterusan begini.

Penculikan seorang wanita China dan pekerja Filipina dari sebuah resort pelancongan di Semporna Sabah menunjukkan sifat-sifat ini.

Eastern Sabah Security Command (Esscom) yang mencecah usia setahun bukan mahu membetulkan keadaan atau menyingkir pemimpin yang gagal. Pegawainya kini mendakwa mereka tiada kuasa ke atas 10 daerah di pesisir pantai Sabah.

Jadi mengapa kerajaan membazirkan RM300 juta setahun mengekalkan Esscom? Siapa yang mendapat untung dari peruntukan tahunan dan hanya duduk di kerusi empuk tanpa berbuat apa-apa?

Apa pula tindakan susulan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kabinet Malaysia?

“Kabinet mengarahkan Esscom meningkatkan tahap persediaan, pengawasan dan risikan sebagai susulan terhadap insiden di perairan Sabah Rabu lalu (2 April).”

Muhyiddin dan anggota kabinet seakan menghina kebijaksaan rakyat jelata. Sebagai agensi penguatkuasa yang menggalas tugas memelihara keselamatan, Esscom perlu berada di tahap tertinggi di dalam persediaan, pengawasan dan perisikan mereka. Adakah Esscom tidak cekap langsung memainkan peranannya?

Mengapa perlu menerima kelemahan ini. Tiba masanya bagi kita menyingkirkan mereka yang gagal menjalankan tugas yang diberikan.

Mantan presiden MCA dan menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat memberitahu theantdaily bahawa episod penculikan ini satu ujian litmus ke atas Esscom.

“Esscom perlu beri penjelasan terperinci tentang kejadian ini dimana kawasan di dalam pengawasannya diceroboh buat kali kedua dalam tempoh enam bulan,” kata Ong.

Insiden pertama berlaku di pulau Pom-Pom lima bulan lepas, menyebabkan seorang pelancong Taiwan terbunuh dan rakannya dijadikan tebusan.

“Malangnya Esscom tidak belajar dari insiden tersebut dan kini kejadian kedua pula berlaku. Ia di dalam kawasan yang sewajarnya dilindungi Esscom.

“Esscom perlu menjelaskan kepada kabinet, Parlimen dan rakyat tentang keberkesanannya kerana mereka memperoleh peruntukan bagi menjalankan tugas.

“Saya hairan dengan kenyataan ketua komunikasi korporat Esscom Newmond Tibin yang dipetik berkata, Esscom tiada kuasa ke atas 10 daerah di dalam Esszon dan itu tanggungjawab pihak polis.

“Jika benar, mengapa Esscom tertubuh dengan peruntukan yang besar pada 2013? Adakan Esscom hanya penyelaras bagi polis, tentera dan agensi penguatkuasa maritim, tanpa satu terma rujukan tertentu?

“Kini, Esscom memberi amaran tentang pengambilan pekerja tanpa izin di resort pelancongan. Ini sebahagian dari budaya birokrasi kita di mana tindakan hanya diambil selepas sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku.

“Contohnya, ketua pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berjanji akan membasmi pekerja tanpa izin secara besar-besaran.

“Ini membuatkan kita bertanya samada Esscom hanya sedar tentang jumlah pekerja asing selepas kejadian ini terjadi. Atau adakah ia tindakan yang terlambat kerana pantai sepanjang 1,400km itu memerlukan lebih banyak tenaga kerja dan peruntukan wang ringgit?” soal Ong.

The Ant Daily

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.