Kota Belud diserang 'Arus Merah'

Tuesday 8 April 2014

Pihak berkuasa sedar tentang perkara ini tetapi tidak membuat sebarang kenyataan.


KOTA BELUD: Ribuan ikan didapati mati di perairan di sini, dipercayai berpunca daripada serangan ‘arus merah’. Ia menyebabkan kebimbangan tentang pencemaran makanan laut di pasar berdekatan.

Kehadiran algae berbahaya yang dikenali ‘arus merah’ telah dikesan di beberapa daerah sejak lebih sebulan. Tetapi Ahad lalu, ikan-ikan didapati mati di lautan. Pihak berkuasa sedar tentang perkara ini tetapi tidak membuat sebarang kenyataan.

Nelayan dan pengguna di daerah ini menyatakan kebimbangan selepas ikan-ikan terdampar di pantai dari Kuala Abai ke Teluk Ambong. Warga tempatan memberitahu jabatan perikanan tentang arus merah tetapi bingung kerana jabatan itu dan jabatan kesihatan awam mendiamkan diri.

Seorang nelayan di Ambong memberitahu theantdaily bahawa arus merah ini merupakan yang terburuk di beberapa perkampungan nelayan berdekatan.

“Ikan yang di dalam sangkar juga terkena serangan. Kami perlu berhenti makan ikan dan makanan laut selama beberapa hari,” katanya, sambil menyatakan kebimbangan bahawa makanan tersebut mungkin tercemar.

Pembeli ikan di kawasan yang terlibat juga bimbang kerana bekalan ikan di pasar basah dan gerai berhampiran seakan tidak terganggu.

“Pembekal tidak memberitahu kami tentang gangguan bekalan ikan di kawasan terbabit. Mereja berkata, bekalan boleh didapati di Kudat dan kawasan yang tidak terlibat dengan serangan. Bagaimana kami dapat pastikan?” soal seorang pelanggan tetapu, yang hanya mahu dikenali sebagai Akim.

Pemeriksaan dengan jabatan perikanan daerah menunjukkan pasukan daripada ibu pejabat telah tiba di Kota Belud semalam dan diberitahu tentang serangan arus merah itu.

“Mereka kini di Kuala Abai memantau keadaan serta mengambil sampel. Kakitangann kami bersama mereka,” kata seorang pekerja yang dihubungi.

Beliau mendakwa bahawa pasukan yang sama dihantar ke daerah itu dua minggu lalu dan tidak mengeluarkan apa-apa amaran.

Ketika dihubungi semalam, seorang pegawai di ibu pejabat jabatan perikanan di Kota Kinabalu berkata, “kami percaya arus merah tidak berbahaya dan ikan mati dua hari lalu kerana insang tersumbat” dan tiada kena mengena dengan toksin di dalam algae.

“Kami masih menantikan keputusan rasmi,”katanya.

Serangan arus merah merupakan fenomena tahunan sejak 1970 di beberapa bahagian di Sabah tetapi kerap terjadi di pantai barat. Kudat dan Sipitang berdekatan Brunei telah diserang tahun lepas.

Algae berwarna merah coklat itu mengandungi toksin "paralytic shellfish poisoning" (PSP) dan mampu mengancam ikan, tiram, kerang dan makanan laut lain. Perkara ini berlaku dengan teruk di Kota Belud.

Makanan laut yang tercemar boleh menyebabkan kematian jika dimakan manusia. Setakat ini, tiada laporan sesiapa menjadi mangsa serangan arus merah.

The Ant Daily

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.