Pemimpin-pemimpin umno/BN Sabah hanya tahu mempengerusikan majlis, memberi ucapan dan bertemu pihak yang berkepentingan, termasuk orang kanan daripada kawasan yang mereka wakili.
Satu perkara yang boleh diperkatakan tentang pemimpin Sabah hari ini ialah kekurangan bakat diantara mereka dan ketiadaan idea kreatif dalam kerja-kerja yang dilakukan.
Kita tidak pernah mendengar pemikiran di”luar kotak” daripada pemimpin ini dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini, menyebabkan ramai mempersoalkan jika Sabah mampu melakukan yang terbaik jika dipimpin oleh mereka yang lebih berani dan mempunyai idea kreatif.
Mereka seakan selesa dengan apa yang dilakukan – mempengerusikan majlis, memberi ucapan dan bertemu pihak yang berkepentingan, termasuk orang kanan daripada kawasan yang mereka wakili. Terdapat 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen di negeri Sabah.
Malah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tampak berprofil rendah sedangkan dia sepatutnya bekerja keras dan lebih spontan, memandangkan Sabah perlu menyaingi negeri-negeri lain.
Terdapat rungutan dalam kerajaan Barisan Nasional bahawa pemimpin seakan menyalahkan kerajaan persekutuan dalam pelbagai perkara. Pemimpin disini seakan tidak memiliki kemahiran menyelesai masalah dan dalam masa yang sama meminggirkan pemimpin yang kreatif kerana dianggap sebagai ancaman.
Pemerhati berpendapat bahawa Sabah akan mencapai lebih kemajuan dalam pelbagai aspek jika ia menggunakan khidmat pemimpin berbakat disamping peluang yang ada padanya.
Kadang kala, kita lihat orang asli yang berfikiran kolot mampu menghasilkan empangan, jambatan serta turbin elektrik bagi menjana bekalan elektrik ke kampung mereka sendiri. Mereka sanggup mengambil risiko melakukan perkara tertentu, namun kementerian dan jabatan; dengan peruntukan besar gagal menghargai idea kreatif mereka.
Satu contoh ialah kebolehan penduduk Sabah menghasilkan senapang patah dengan hanya menggunakan alatan yang mudah didapati. Memanglah ianya satu kesalahan, tetapi mengapa pihak berkuasa tidak menggunakan kemahiran mereka sepenuhnya? Sabah mungkin dapat menghasilkan senapang sendiri satu hari nanti!
Kemahiran menghasilkan tapai atau air tuak dikalangan masyarakat Kadazandusun dan Murut juga boleh diketengahkan. Kita dengar Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyeru agar mereka ini mengurangkan pengambilan air tapai. Dengan Pesta Kaamatan semakin hampir, seruan serupa juga didengar di serata pelusuk negeri.
Budaya ini tidak wajar dipromosikan tetapi tiada salahnya menghasilkan minuman ini untuk pasaran dunia. Montoku yang dihasilkan di Sabah sehebat vodka di Russia atau Sake di Jepun. Ia mampu menarik pelancong dari Russia yang gemarkan minuman keras.
Bercakap mengenai penerokaan ekonomi, mengapa Sabah hanya mengekspot getah aslinya? Mengapa tidak kerajaan mengkaji keperluan membina kilang menghasilkan tayar yang berkualiti? Sabah sepatutnya mengambil peluang disebalik permintaan pasaran untuk tayar getah kerana Sabah adalah pengeluar getah asli. Membuat tayar getah tidak memerlukan teknologi yang terlalu canggih.
Kini tayar yang dihasilkan di Indonesia dan China secara relatifnya lebih murah berbanding dengan tayar berjenama lain yang terdapat di Sabah. Mungkin Sabah juga boleh menghasilkan tayar yang lebih murah untuk keperluan rakyat negeri ini dan juga untuk pasaran luar negara.
Malah dalam industri pelancongan yang sangat menguntungkan, pemimpin Sabah jelas kekurangan idea-idea kreatif. Ianya mustahil untuk menyenaraikan semua cadangan-cadangan disini tetapi cukuplah untuk mengatakan bahawa Gunung Kinabalu itu sendiri menawarkan banyak kemungkinan/potensi.
Sebagai contoh aktiviti pelancongan yang boleh dimajukan adalah seperti dikaki-kaki bukit pergunungan. Terdapat pelbagai air terjun, anak sungai, hutan asli yang belum diusik dan perkampungan tradisi dengan pemandangan yang menakjubkan; bukan hanya di Kundasang dan Ranau.
Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran berlatar belakangkan pemandangan pergunungan yang indah. Pihak berkuasa sewajarnya mencari jalan mempromosinya.
Sabah perlu menggembleng pihak yang bukan hanya berkemahiran membodek, tetapi juga bijak memajukan negeri ini.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.