Air Asia Tiada Perikemanusiaan Punca Haron Din Masuk IJN

Sunday 13 April 2014

Hatta khidmat wheelchair pun kena bayaran! RM60.. woww.. bayangkan ayahanda saya yang mengidap masalah jantung yang dinafikan haknya untuk khidmat memohon kerusi roda walaupun kami telah memohon dan merayu khidmat itu terlebih awal..


Seperti diketahui ramai Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din kini sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Dr Haron Din, 73, sudah seminggu mendapatkan rawatan dan semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa melawat beliau di sana.


Begitu pun rupa-rupanya ada kisah tersendiri mengapa Dr Haron dikejarkan ke IJN sedangkan beliau baru sahaja dikejarkan ke IJN, Januari lepas.

Berdasarkan status Facebook anak Dr Haron iaitu Dr Huda Haron, antara punca yang menyumbang kepada sebab bapanya mendapat masalah jantung adalah dinafikan hak untuk menggunakan kerusi roda ketika menggunakan penerbangan Air Asia baru-baru ini.


Status itu berbunyi:


Sudah tentu, isu berkaitan kerusi roda yang timbul apatah membabitkan orang terkenal seperti Dr Haron sangat tidak kena dan memberi imej kurang baik kepada AA.

Ia kerana antara isu yang sedang hangat dikaitkan dengan syarikat penerbangan ini sekarang adalah, menganggap jambatan udara untuk kegunaan penumpang yang menghadapi masalah fizikal, warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanak yang disediakan di KLIA untuk perpindahan mereka ke sana Mei depan sebagai membazir.

1 comments:

  1. Kalau Ustaz Haron Din baca statement ini , bagaimana agaknya reaksi dari beliau diatas statement tak cerdik dari anak seorang tokoh agama yang amat saya segani. Bukankah Sakit merupakan penghapus dosa. Dimanakah keimanan anda .............................. Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]

    Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

    Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud) Tidak dinafikan ada hidden cost - AirAsia tapi itu dulu...selepas kes airasia berkaitan ......Australia, airasia sudah menghapuskan segala kekeliriuan itu (hidden Cost). Masalah yang anda hadapi tu disebabkan anda tidak baca term and condition dengan teliti..(nama je Dr.) Memalukan disebabkan kos kerusi roda RM60 nak heboh sekampung. Biasalah bila kapalterbang tambang murah, mestilah syarat2 lebih ketat. Sebelum wujud Airasia jangan harap nak dapat tambang murah kerana penerbangan dimonopoli oleh MAS. Jadi dengan adanya airasia secara tak langsung, MAS terpaksa menurunkan tambang supaya dapat terus bersaing dan secara tak langsung menguntungkan kita semua....SYABAS AIRASIA.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.