Walaupun sudah 4 hari berlalu selepas kejadian di DUN, namun perasaan sedih, kecewa dan marah masih tetap membara... Mengapakah usul yang sangat PENTING ini ditolak atas sebab "remeh-temeh?" Sedangkan melalui penjelasan YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan mengatakan bahawa ia TIDAK BENAR. Beliau mengatakan sudah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Disini, pihak UVSB ingin berkongsikan melalui pengalaman kaca mata wakil pihak UVSB yang telah datang untuk menjadi saksi akan kejadian ini. Sejarah penolakkan usul ini PASTI akan dibukukan untuk menjadi tatapan sejarah Generasi Masa Depan Negara Sabah tentang sikap "Tidak bertanggungjawab DUN Speaker" serta menampakkan diri mereka "boneka-boneka malaya" dengan jelas sekali... - UVSB
Pada tarikh 14 April 2014 bersamaan dengan hari Isnin, satu Perhimpunan Aman telah dilakukan oleh sekumpulan orang awam bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap dua usul yang ingin dibentangkan oleh YB Datuk Dr.Jeffrey G. Kitingan.
Beberapa orang awam sudah berkumpul seawal jam 8.30 pagi di luar pagar DUN. Di sebabkan orang awam tidak berpakaian formal, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan persidangan pada hari tersebut. Keadaan di luar pagar DUN Sabah, lebih kurang jam 9.15 pagi, bilangan orang yang datang semakin bertambah, dalam anggaran lebih daripada 60 orang yang hadir. Yang hadir terdiri daripada golongan generasi muda dan veteran.
Disebabkan hanya mereka yang berpakaian formal ketika itu dibenarkan masuk, saya dan beberapa rakan berkesempatan untuk turut serta dalam menyaksikan Persidangan di Dewan Undangan Negeri (NEGARA). Tepat pada jam 10.00 pagi, Persidangan telah bermula dengan bacaan doa dan seterusnya pembentangan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Sabah, diikuti dengan Menteri yang lain dan seterusnya ADUN. ADUN dari Kelab Penyokong Kerajaan (Backbenchers) Negeri Melaka yang diketuai oleh Speaker DUN Melaka ketika itu telah datang berkunjung dan turut serta dalam dewan menyaksikan Persidangan tersebut.
Saya dan beberapa rakan yang lainnya datang hanya untuk menyaksikan dan menyokong dua usul yang ingin dibentangkan oleh YB.Datuk Dr.Jeffery G.Kitingan, iaitu usul mengenai “Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963 dan Hak Pemilikan Minyak dan Gas Negara Sabah” tapi malangnya pembentangan ditolak oleh Tuan Speaker atas alasan lambat dan tidak diterangkan atas peraturan apa yang digunakan untuk membentangkan usul tersebut.
Mendengar Tuan Speaker berkata demikian, terpancar kekecewaan di wajah-wajah beberapa rakan yang turut hadir dalam dewan ketika itu. Dalam hati pasti ada yang tertanya-tanya mengapa usul yang ingin dibentangkan tidak diterima. Kalau dikatakan ianya tidak penting, itu sesekali tidak masuk akal, sebab kenapa? Sebab usul yang ingin dibentangkan itu adalah soal kepentingan rakyat Negara Sabah dan juga untuk kepentingan generasi yang akan datang.
Walaubagaimanapun, Persidangan tetap diteruskan dengan membincangkan dan membentangkan usul yang dibawa oleh ADUN masing-masing. Dalam Persidangan tersebut, walaupun usul yang ingin dibentangkan oleh YB. Datuk Dr.Jeffery G.Kitingan tidak dapat dibentangkan, beliau tetap menyelitkan soal mengenai hak-hak dalam setiap sesi soal jawab sepanjang berada di dalam dewan tersebut.
Dan kira-kira jam 5.00 petang, Persidangan pada hari tersebut telah berakhir. Walaupun di dalam Dewan Undangan Negeri (NEGARA), motion ditolak atas alasan ataupun masalah teknikal tetapi, ketika berada diluar pagar Dewan Undanga Negeri (NEGARA), Pejuang berjaya menyerahkan memorendum berkaitan kepada kedua-dua Timbalan Speaker DUN iaitu Datuk Johnny Mositon dan Datuk Johnson Tee.
Tahniah kepada Pejuang-pejuang dan terima kasih kepada warga Sabahan yang sentiasa menyokong. Teruskan menyokong. Ini baru permulaan. Kepada generasi muda Sabahan, mari bangkit bersama menuntut Hak kita yang sudah dirampas oleh si penjajah. Jangan takut sebab kita tidak akan berjalan sendiri. “You’ll Never Walk Alone” Come together we fight for our right. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? BAH ! HARAPAN !
Tak kan mau yang ‘mumu-mumu’ lagi kita dapat kan?. Belum terlambat kalau kau, saya dan kita bersatu. Come Sabahan!! - United Varsity Students of Borneo
Komen Pembaca (UVSB FB Page):
Naspazi's Channel SABAHAN BANGUNLAH BERMARUAH
1. Usul YB Darell Leiking agar ‘Jawatankuasa Khas’ ditubuhkan untuk “Mengkaji 18/20 Perkara” yang dibuat dengan Sabah dan Sarawak semasa penubuhan Malaysia ditolak oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, iaitu Ismail Mohamed Said dari Pahang (orang Pahang).
2. Usul YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan untuk “Mengkaji Perjanjian Malaysia 1963" dan "Hak Pemilikan Minyak & Gas" ditolak oleh Speaker DUN Sabah, iaitu Salleh Said Keruak (Sabahan sendir).
3. Demikianlah mantapnya, Malaya kotor mendoktrin otak darah Sabahan sehingga tergamak menafikan “Kedudukan, hak dan masa depan negara Sabah dalam Malaysia” dengan maksud agar kedaulatan ketuanan dan dominasi kuasa Malaya kotor dalam menindas dan menginas hasil Sabah berkekalan.
HANCURKAN KETUANAN MALAYA DI SABAH!
Evelyn G-Koh Jika Speaker DUN tak mampu buat krja, resign ja la n ks pluang Timbalan2nya (Johnny Mositun atau Johnson Tee) jadi speaker. Ingat, kita yg senior in age ni dipertanggung jwp utk memastikan anak2 Sabah mewarisi Sabah yg sewajarnya. Jgn ingat pabila kita mati kita akan betul2 dapat RIP....kita tidak tahu tapak kubur kita mungkin di geledah oleh kerakusan kuasa si penjajah. Jangan tak ingat tiada orang hidup selamanya.
Cyrillius Jacob Kimar Pru14 ada bha...kita sdh tau sapa pemimpin yg memperjuang kan hak sabahan dan sapa pemimpin yg memperjuangkan tuk memperbanyakan harta sendiri kekayaan sendiri...yg mengejar pangkat....dr kta saja sapa mau pangkah
Lazarus Unang MA63 diusulkan oleh YB Darrel pun speaker tolak atas nasihat PM, Usul MA63, minyak, status YDN pula Speaker Dun Sabah tolak atas nasihat CM, CM sabah masih yang menurut perintah dari Putrajaya (PM).....akhirnya siapa pengkhianat sabah sebenar?
Bradley Benit nak tahu speaker Salleh Keruak tu mmg asl org Sabah ka?? Orang mcm ni la patut kita tolak sekeras2nya agar Sabah mampu maju ke depan..nmpk sangat dia pengkhianat..
Maximillian J Benjamin sgt tidak masuk akal..mereka tolak sebab takut kita benar..
Jose Kinsang Itu namanya pak turut, pengecut takut kehilangan jawatan, dia ingat itu jawatan buli bawa mati ke? Kalau tidak dpt mempertahankan hak rakyat sabah disarankan agar meletak jawatan dgn cara terhormat.
Aloysius Wee SABAH will always be Under Malaya as long as our YB yg takut pada UMNO tidak Lawan untuk SABAH.
JI Lausin Idiotic state assembly speaker who does not know anything about the rights of Sabahan.
Man Rosman ManRosman jgn jd kn alasan ini penyebab kita berputus asa utk memperjuangkn hak kita. truskn tnpa mempedulikan kata2x penjajah. penjajah sememangnya licik, tpi kita lbh licik jika keberanian dan kepintaraan kita lbh mengatasi emosi kita. gunakn dua aspek ni utk mencapai matlamat kita, membentuk negara yg dbela atau dkembalikan haknya semula.
Jac Giu Jbg kenapa perlu di bahas tu kn kita tak paya mention sb we sebuah negara
Lius John Keluar saja lah dari Malaysia. Biar Native of Borneo mentadbir Negara Sabah(North Borneo).
Jeckson Adam Sepatutnya usul itu d terima, agar boleh d bahas dan senanglah ketua menteri, speaker dengan d bantu oleh YB2 BN untuk jelaskan kepada YB2 pembangkang dan rakyat sabah dengan sejelas jelasnya tanpa prejudis. jelaskan dgn hujah yg munasabah agar rskyat sabah tdk keliru..gentlemenlah YB2ku BN.
Victor Thomas Teruskan perjuangan.....walau apa pun terjadi kita berikan didikan /pengetahuan mengenai Malaysian Agreement 1963....agar mereka bangkit sebagai seorang anak watan Sabah menyokong kita dan meneruskan perjuangan menuntut hak Sabah dan Sarawak.
Timadang Pulutan Bundu Kasian orang sabah...... Tun mahathir pernah berkata pada Dr jefrey kenapa bagitau rakyat sabah yang mereka tidak tau tentang 20 perkara......Itulah yang mengunci mulut-mulut pemimpin Bn sabah mangkali?
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.