Musa Aman Cipta Jalan Paling Ajaib Di Dunia

Saturday 12 April 2014


Pernahkah anda terbayang, sebatang jalan raya satu lorong yang hanya sepanjang 0.9 kilometer harganya RM14.9 juta? Inilah yang berlaku di Sabah yang diperintah Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. 

Mungkin inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini. Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km.


Jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah. Jalan ini dirasmikan oleh Musa Aman beberapa bulan setelah ia disiapkan.

Perkara ini pernah dibangkitkan melalui soalan tambahan oleh seorang anggota Parlimen di Dewan Rakyat, namun tidak ada sebarang penjelasan diberikan terhadap perkara ini. Menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi. Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya.

Namun jalan antara bangunan Yayasan Sabah dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik. Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu.


Inilah kesannya bila si penyamun memerintah negara.. selepas ratusan juta wang rakyat dirompak, mereka tetap bebas merompak, berpolitik dan memuji pentadbiran sendiri.. Badan pencegah rasuah juga hilang taring bila berhadapan dengan penyamun-penyamun berjawatan menteri ini.. Patutlah jalanraya di kawasan pedalaman Sabah tidak pernah diselenggara atau dinaiktaraf.. Rupanya, setiap satu kilometer jalan memerlukan perbelanjaan lebih dari RM14 juta...

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.