Pensyarah dan penyelidik ekonomi tempatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), James Alin, kesal akan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS), Masidi Manjun yang menafikan laporannya sebanyak lapan muka surat mengenai penemuan 50 bangkai penyu di Pulau Tiga yang lalu.
KOTA KINABALU: Penemuan bangkai penyu kali kedua dalam tempoh masa satu bulan di perairan Semporna, di antara Pulau Bum Bum dan Pulau Kulapan membangkitkan persoalan akan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang perlindungan hidupan liar di Sabah.
Permintaan dan harga yang tinggi di pasaran yang membawa hasil pendapatan yang tinggi dalam jangka masa pendek, melihat peningkatan aktiviti pemburuan spesies terlindung, menurut Rahimatsah Amat, ketua pegawai eksekutif dan pengasas badan Amanah Alam Sekitar Sabah (SET – Sabah Environment Trust).
“Di samping itu dengan adanya liputan besar media massa sosial memudahkan lagi berita akan kejadian tersebut tersebar meluas,” katanya yang juga bekas ketua pegawai teknikal Borneo bagi Tabung Alam Dunia (World Wide Fund for Nature – WWF-Malaysia) .
Rahimatsah juga melihat kepentingan perluasan penguatkuasaan Enakmen Perlindungan Hidupan 1997, supaya membenarkan pegawai tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Menurutnya, hanya pegawai Polis, Perhutanan dan Jabatan Hidupan Liar (SWD) yang dibenarkan menguatkuasakan seksyen 25 dan seksyen 88 dalam enakmen tersebut dan membuat kata putus sama ada kesalahan telah dilakukan oleh tertuduh.
Pensyarah dan penyelidik ekonomi tempatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), James Alin, kesal akan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS), Masidi Manjun yang menafikan laporannya sebanyak lapan muka surat mengenai penemuan 50 bangkai penyu di Pulau Tiga yang lalu.
Dalam kenyataannya, Alin dijemput ke mesyuarat tergempar dipengerusikan oleh setiausaha tetap (KEPKAS) Michael Emban dan dihadiri oleh beberapa agensi penguatkuasaan yang mengakui mengetahui akan kawasan pembunuhan tiga bulan sebelum lawatannya ke Pulau Tiga.
Menurutnya, pegawai maritim tersebut telah menunjukkan gambar hasil siasatan mereka dan mengumumkan bahawa tidak dapat menunjukkan pelakunya dan oleh itu tiada tangkapan yang dibuat.
Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa pegawai SWD tidak puas hati dengan tindakan beliau menulis kepada media tanpa merujuk kepada jabatannya, dan siasatan tidak dapat dilakukan kerana mereka tidak mempunyai bot laju ke pulau tiga yang terletak jauh dari pekan Kudat untuk melakukan siasatan.
Menurut beliau, alasan yang diberikan oleh pegawai SWD tidak munasabah di mana mereka hanya menghantar pegawai selepas pertemuan mesyuarat tersebut.
“Apakah kemungkinan akan SWD menyelesaikan kejadian itu? Kosong!” ujar beliau yang merujuk kepada pendedahannya ketika lawatan ke Pulau Tiga bulan lalu.
Pasukan khas
Dalam perkembangan berkaitan, Masidi dilaporkan telah mengumumkan penubuhan pasukan khas yang akan memantau sebarang aktiviti pemburuan haram yang akan diluaskan ke beberapa daerah yang lain.
Masidi berkata demikian ketika menjawab persoalan oleh ADUN Tamparuli, Wilfred Bumburing, di persidangan dewan negeri Sabah. .
Masidi berkata pasukan khas tersebut akan dipengerusikan oleh setiausaha tetap Kementeriannya, berserta dengan perwakilan khas dari Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), SWD, Taman Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, WWF-Malaysia, pejabat daerah Kudat dan Persatuan Pemuliharan Penyu Kudat (Kudat Turtle Conservation Society -KTCS).
Masidi juga dilaporkan, mengakui kepentingan pendidikan ke atas masyarakat tempatan supaya menghargai penyu kerana ada di kalangan pelancong dari luar negara datang dari jauh untuk keindahan haiwan liar di Sabah.
“Sekiranya kita gagal bertindak sekarang, kita akan kehilangan satu khazanah yang berharga,” katanya dan berharap 60 perwakilan dewan undangan negeri Sabah akan menjadi warden hidupan liar terhormat dalam membantu usaha kerajaan negeri menghentikan pemburuan dan pembunuhan penyu.
Pada Selasa yang lalu Julain Jilhani seorang pegawai Jabatan Perikanan menemui empat bangkai penyu terapung semasa perjalanannya balik dari pejabatnya di sekitar Pulau Bum Bum dan Kulapuan di Semporna.
Beliau kemudiannya memuat naik gambar bangkai penyu tersebut ke laman sosial facebook yang dikongsi oleh lebih 400 orang dan mendapat perhatian aktivis dan penyelidik alam sekitar sebelum ia dipadamkan dari akaunnya.
Namun, gambar tersebut masih dapat dilihat dalam laman facebook yang lain dan reaksi dalam laman sosial facebook melihat kejadian ini sebagai satu tindakan yang kejam dan dilakukan oleh mereka yang tidak bertamadun.
Kebanyakan pelayar facebook menyalahkan kelemahan dalam penguatkuasaan kerajaan negeri yang membiarkan bot haram terutamanya dari China dan Vietnam yang bersekongkol dengan penduduk tempatan mendapatkan lesen menjalankan aktiviti penangkapan hidupan laut di perairan Sabah.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.