Kaji, Kaji, Kaji.. sampai bila jalanraya mau dikaji?

Saturday 5 April 2014

PATUTLAH!! RUPANYA JALANRAYA DI SABAH HANYA DIKAJI DAN DIJADIKAN BAHAN EXPERIMEN OLEH KERAJAAN MANGKUK BARISAN NAJIB
 
Selepas bertahun-tahun dikaji, tanah masih belum diselenggara

TENOM: Kerajaan perlu serius dan segera menangani masalah kedaifan jalan-jalan raya di pedalaman negeri ini dan bukan sekadar menabur janji seperti mana yang mereka ucapkan sebelum pilihan raya umum yang lalu.

“Mereka perlu berhenti memberi alasan ‘masih mengkaji keadaan tanah’ di mana selepas bertahun-tahun, ia masih dikaji dan belum ada pembaikan di lakukan di banyak jalan di sini,” kata Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Masdin Tumas.

Beliau berkata, mereka bimbang keselamatan pengguna jalan di kampung yang berdepan dengan jalan raya kurang sempurna seperti yang pernah berlaku di Kg Sumambu dua bulan lalu, di mana dua beranak nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki, terbabas sebelum terhumban dalam gaung.

Persoalannya, mengapakah timbul masalah kedaifan ini sehingga ia tertunggak bertahun lamanya? Ia tidak selari dengan laungan ‘janji ditepati’ yang disuarakan oleh pemimpin BN sebelum ini.

“Kita sudah bosan mendengar penjelasan pelbagai pihak mengenai kedaifan infrastruktur jalan raya di kawasan luar bandar, terutama di jalan raya Kg Ulu Marais Kemabong yang baru dibina tetapi rosak semula.

“Selepas beberapa bulan siap dibina, sehingga sekarang ia masih terbengkalai begitu sahaja,” kata Masdin menambah, kenyataan media Timbalan Menteri Kerja Raya Persekutuan yang meninjau selepas banjir di sini baru-baru ini, kononnya Sabah diberi RM400 juta projek penyelenggaraan.

Sehubungan itu, beliau mengulangi gesaannya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya kementerian lain mengikut jejak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan memberi kuasa autonomi kepada jabatan jabatan dibawahnya untuk melaksanakan projek tidak melebihi RM5 juta.

Langkah KPM itu katanya, harus menjadi contoh kepada kementerian lain terutamanya Kementerian Kerja Raya supaya masalah kedaifan infrastruktur jalan raya dapat diatasi dengan segera tanpa menunggu arahan daripada Kerajaan Persekutuan.

Masdin turut menggesa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) di bahagian Unit Projek Lebuhraya Pedalaman yang membuat pemantauan selepas menerima aduan di Kg Ulu Marais agar segera membaikpulih kejadian tanah mendap dan tebing runtuh yang berlaku sebelum pilihan raya umum yang lalu.

“Saya difahamkan penduduk di sana, Thomas Salam sudah dua kali membuat aduan kepada JKR dan mendedahkannya kepada media, namun janji untuk membaiki seolah-olah sekadar ungkapan dibibir mulut.

“Kadangkala alasan yang diberi iaitu tanah di situ sedang dalam kajian…tapi jikalau untuk kajian takkan lah sampai mengambil maa sehingga bertahun-tahun lamanya,” tegasnya.

Borneo Insider

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.