BN Tubuh Cybertroopers Jawab Fitnah Pembangkang

Sunday, 13 April 2014

Adakah penubuhan Tentera Cyber yang diberi nama "Blue Wave Army" ini juga akan menggunakan dana awam sebagaimana yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman?.. Sebelum PRU13, BN Sabah juga mempunyai kumpulan Cybertroopers dan portal pengampu Insight Sabah yang bernaung dibawah syarikat kroni Planatery Corporation Sdn Bhd.. Jutaan ringgit dana awam telah digunakan untuk tujuan itu..


KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA).

Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat.

"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di sini, Ahad. Turut Hadir Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Pada konvensyen itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut memberi penerangan berhubung CBP yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, selain menjawab soalan daripada penduduk berhubung isu semasa.

Beliau menjelaskan pelaksanaan CBP tidak akan ditangguhkan meskipun terdapat desakan daripada pembangkang termasuk mahu menganjurkan perhimpunan membantah CBP pada 1 Mei ini, memandangkan sistem CBP adalah lebih telus dan telah digunakan banyak negara maju.

"Sudah beberapa kali kita tangguh pelaksanaan GST (CBP) dan kali ini juga kita beri masa yang cukup panjang sebelum kita nak laksanakannya.

"Kalau ada yang mengatakan GST akan menaikkan harga barang, itu adalah tidak munasabah, kerana selama ini kita membayar cukai jualan dan perkhidmatan secara tidak sedar, berbeza daripada GST pada kadar 6 peratus sahaja," kata Ahmad. - BERNAMA

Artikel berkaitan (BUKTI BN SABAH BELI UNDI)

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.