Bukti BN Sabah Beli Undi

Friday 11 April 2014

Walaupun bukti (video) jenayah membeli undi ini sudah lama disebarkan melalui Youtube, iaitu sekitar bulan September 2012, namun penulis yakin bahawa masih ramai Sabahan yang belum melihat atau mengetahui perkara seumpama ini telah berlaku di negeri ini dan didalangi oleh menteri-menteri umno/BN.


KOTA KINABALU: Kegiatan mendaftar pengundi baru dan pemindahan tempat membuang undi ke kawasan Dun N.15 Api-Api dengan tawaran RM200 telah tersebar luas. Bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) beberapa hari yang lalu dikatakan telah menawarkan imbuhan kepada sesiapa sahaja (kecuali kaum Tiong Hua) yang menukar tempat mengundi ke kawasan Dun Api-Api. Kegiatan yang mengcurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawa pengurusan kroni seorang Timbalan menteri kabinet negeri. - Youtube

Untuk pengetahun anda, Likas Square dimiliki oleh kroni Musa Aman dan Yee Moh Chai iaitu Lawrence Chu yang juga pemilik syarikat Globinaco. Nama Lawrence dan adik-beradik beliau pernah dikaitkan dengan skandal projek ratusan juta yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman tanpa melalui tender terbuka (rujuk DISINI). Selain Globinaco dan bangunan kompleks Likas Square, Lawrence juga memiliki anak syarikat yang banyak mendapat manfaat dari kerajaan Musa Aman seperti AMC College, Likas Square Condotel, Arus Sawit, Ming Kiang, Planatery Corporation, Grandis Hotel dan banyak lagi.

Menariknya dalam video diatas, bilik di tingkat satu dimana berlakunya kegiatan membeli undi itu hanya bersebelahan dengan syarikat Planatery Corporation Sdn Bhd (kini sudah ditutup selepas BN menang PRU13). Penubuhan Planatery Corporation ini juga adalah melalui kroni Musa Aman dimana fungsinya semata-mata untuk menaikkan imej menteri-menteri BN melalui liputan berita secara atas talian. Kewujudan syarikat ini bukan dibiayai oleh kroni beliau sebaliknya menggunakan dana kerajaan negeri atau dana awam yang sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur di Sabah.

Pembaziran dana awam oleh kerajaan Musa Aman bukan setakat pada penubuhan portal berita yang hanya menguntungkan umno/BN, malah sudah tersebar luas bahawa Planatery Corporation juga turut bertanggungjawab menubuhkan kumpulan Cyberterrorists untuk menghentam pembangkang Sabah melalui media sosial. Cyberterrorists atau Cybertroopers ini juga turut dibiayai menggunakan dana awam. Bayangkan begitu mudah Musa Aman menggunakan dana awam untuk kepentingan parti dan diri beliau sendiri.. Dengan budaya rasuah dan penyelewengan Musa Aman, maka tidak heranlah jika anak-anak beliau juga sudahpun kaya raya ketika masih bergelar pelajar (DISINI).

Percaya atau tidak, bukan penduduk kampung sahaja yang menjadi mangsa kerakusan Musa Aman dan umno/BN, malah pekerja-pekerja dibawah syarikat kroni juga diarahkan untuk menukar alamat IC untuk mengundi calon BN. Jika bukan kerana penipuan dan penyelewengan, sudah lama parti penyamun ini lingkup di Sabah. Walaupun pelbagai laporan telah dibuat, selagi umno/BN memerintah, selagi itu tidak ada tindakan diambil..

BN resorts to voter transfer dirty tactics

beli undi, Musa Aman, Yee Moh Chai, Likas Square, Lawrence

KOTA KINABALU -The Sabah Progressive Party (SAPP) has queried a voter registration drive here that is allegedly importing new voters into the city. The party said it had stumbled on the exercise this week where those from other constituencies were being registered as Kota Kinabalu residents which would enable them to be voters in the Api-Api constituency.

SAPP vice-president Wong Yit Ming, who disclosed this, said the exercise appears to be the work of Deputy Chief Minister Dr Yee Moh Chai, the state assemblyman for Api-Api constituency. He said if allowed to continue it would change the voter demographics of the predominantly Chinese constituency.

Wong said the objective appears to be to increase the number of Bumiputera voters in Api-Api and reduce the Chinese community's influence in an election. He said many of those registered under the ongoing exercise are from Kudat. The Api-Api constituency currently consists of about 80% Chinese voters.

beli undi, Musa Aman, Yee Moh Chai, Likas Square, Lawrence

Describing it as a desperate and unethical act, Wong said Barisan Nasional had resorted to this as it fears Chinese voters may not support the coalition and Yee may be shown the exit in the coming general election. He said the registration exercise was conducted at Likas Square Complex, a property owned by businessmen aligned to Chief Minister Musa Aman.

SAPP Youth members, who were tipped off about the registration exercise on Monday, uncovered several discrepancies in the registration method as well as the targeted group identified as new voters. Wong said party activists discovered that most of the voters were found to be originally from Pitas, Kudat, although they are currently residing in Taman Bukit Keramat here.

He also claimed that when party members asked the rationale behind the registration of Taman Bukit Keramat residents at the complex, the Election Commission (EC) officials on duty explained that the exercise was on the instructions of Yee. The SAPP members also said they were told that those who registered as voters received a payment of RM200.

The transfer of voters from one region to another, Wong said, is not only illegal but also unprincipled as it ignores the social structure of Api-Api constituency. Wong, who is also SAPP Api-Api central Liaison committee chairman, said the party would be filing an official complaint to the EC on the incident. SAPP Youth has already lodged a police report on the matter, he added. - SAPP Blog

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.