Warga England Mengeluh Keadaan KKIA

Friday 4 April 2014


Malaysia Airport Bhd (MAB) akan menangani masalah pencahayaan di Lapangan Terbaru Antarabangsa Kota Kinabalu (Terminal 1). Tindakan ini ekoran pemerhatian seorang pelancong bahawa tempat parkir lapangan terbang itu kurang pencahayaan.

Individu itu berkata, mereka yang kali pertama melawat Ibu Negeri, seperti dirinya, mungkin akan beranggapan pihak berkuasa lapangan TIDAK MAMPU menyediakan pencahayaan mencukupi di kawasan awam.

Jurucakap MAB berkata, jurutekniknya akan memeriksa keadaan lampu di dalam perkarangan lapangan terbang tersebut.

"Mereka akan diarah melakukan pembaikan, termasuk menggantikan mentol yang mungkin sudah rosak," katanya.

Dia kata, penyelenggaraan akan dijalankan ke atas kemudahan ini jika perlu.

Darren, yang datang dari England, mengeluh dengan keadaan tapak lapangan terbang itu khususnya di kawasan parkir.

"Saya terkejut betapa kelamnya kawasan itu selepas keluar dari lobi. Pencahayaan itu tidak memberikan suasana yang ceria tetapi sebaliknya seperti kawasan kelam dan sedih," katanya.

Darren berkata, perkarangan untuk lapangan terbang antarabangsa di negara-negara lain yang pernah dilawatinya cukup pencahayaan jika dibandingkan dengan disini.

"Saya tertanya-tanya jika pilihan lampu yang digunakan di KKIA adalah masalahnya. Ia mungkin lebih baik menggunakan lampu sorot, daripada menggunakan mentol jimat tenaga."

Daily Express

SUDAH NAMANYA "LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA" IKUTLAH STANDARD ANTARABANGSA.. YANG KKIA GUNA MENTOL JIMAT TENAGA APAHAL??? TUNGGU PELANCONG BUAT ADUAN BARULAH TERHEGEH-HEGEH AMBIL TINDAKAN.. KKIA PATUT PASTIKAN KESELAMATAN PENGGUNA DAN PENGGUNJUNG BUKAN SAHAJA DARI DALAM BANGUNAN MALAH DI TEMPAT LETAK KENDERAAN.

SIAPA SURUH LEMBAB.. TIDAK PASAL-PASAL KENA BANDINGKAN DENGAN LAPANGAN TERBANG NEGARA-NEGARA LAIN..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.