Selagi BN berkuasa: Kroni Mewah, Rakyat Susah

Wednesday 9 April 2014

Sikap boros kerajaan ini adalah seperti pontianak yang menghisap simpanan syarikat minyak negara.. kroni akan terus menikmati kekayaan negara kita selagi kerajaan sekarang berkuasa, kerana urus niaga sebegini dikatakan masuk ke poket pemimpin umno/BN..

Barisan Nasional, Kroni, Petroleum, Tol, Musa Aman, Najib Razak

Sewaktu kita mula mengikat perut dan menurut gesaan kerajaan untuk mengubah gaya hidup kita bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup dan pengurangan subsidi, kroni atau firma-firma yang memiliki hubungan dengan golongan berkuasa terus menikmati kekayaan negara tanpa henti.

Seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, apabila ianya melibatkan subsidi minyak, tindakan kerajaan kekal memanjakan syarikat-syarikat pengeluar tenaga yang memiliki hubungan dengan parti pemerintah dengan subsidi sebanyak RM136 bilion, adalah "satu dosa yang tidak boleh dimaafkan".

"Yang menyedihkan adalah bahawa sewaktu syarikat pengeluar tenaga ini terus menikmati harga minyak subsidi, subsidi petroleum kepada pengguna - yang kononnya ditanggung kerajaan sebanyak RM14 bilion pada tahun 2011 – telah dihentikan sebahagiannya baru-baru ini," katanya dalam sebuah forum baru-baru ini.

Belanjawan tahunan selepas 2011 menyaksikan bukan sahaja minyak tetapi subsidi lain bagi rakyat dimansuhkan, dalam apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sifatkan sebagai "rasionalisasi subsidi", yang jelas merupakan sebuah pengurangan subsidi.

Potongan ini walaupun kononnya disasarkan untuk mengurangkan perbelanjaan, membawa kepada kenaikan harga disebabkan kegagalan kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah kawalan harga, bagi menghalang peniaga dari menaikkan harga yang didakwa dilakukan atas sebab kenaikan kos.

Kenaikan harga runcit disebabkan pemotongan subsidi gula dan minyak telah menjadikan perbelanjaan hidup sebuah mimpi ngeri bagi kebanyakan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Walaubagaimana pun, peniaga masih dibenarkan menaikkan harga bagi mengimbangi kos, atau kawalan kerajaan adalah tidak berkesan dalam menghalangnya, sewaktu pengguna menanggungnya dan beberapa syarikat terus menikmati subsidi kerajaan.

Walaupun Suruhanjaya Persaingan Malaysia telah mengambil tindakan terhadap pengilang ais kerana menetapkan harga, banyak lagi seolah-olah telah terlepas, sewaktu kerajaan meminta rakyat mengubah gaya hidup mereka, dan bukannya meminta pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, juga mengkritik kerajaan pimpinan BN kerana menggunakan Petronas sebagai "lombong emas" dan tabung bagi menyelamatkan syarikat-syarikat milik kerajaan, dan membiayai projek-projek mega dan seni estetika seperti filharmonik negara.

Sikap boros kerajaan ini adalah seperti pontianak yang menghisap simpanan syarikat minyak negara ini, yang diamanahkan memegang kekayaan negara bagi rakyat dan melaburkannya untuk menjana pendapatan.

Berjuta-juta, jika tidak berbilion, dibelanjakan bagi membesarkan ego mereka yang berkuasa melalui pembinaan monumen-monumen, atau bagi menyelamatkan syarikat yang dikaitkan dengan BN.

Tetapi bukan hanya syarikat-syarikat kerajaan yang digunakan bagi menaikkan golongan elit politik dan kroni mereka, malah dana projek-projek awam juga diguna bagi mengenyangkan syarikat-syarikat ini, seperti syarikat-syarikat konsesi tol lebuh raya.

Di kebanyakan negara lain, tol lebuh raya digunakan bagi membayar kos pembinaan dalam jangka masa panjang, dan kadar tol ini dikurangkan secara berperingkat selepas kos dan keuntungan yang dibenarkan diraih.

Tetapi di Malaysia, kutipan dijalankan selama-lamanya, dan kadar tol kerap dinaikkan sebagai ganti pembayaran oleh kerajaan. Tidakkah ini perjanjian yang berat sebelah? Bukankah projek awam sepatutnya menguntungkan rakyat? Rupa-rupanya tidak, jika dilihat dari perkara-perkara yang terjadi di sini.

Lebih menghairankan, kerajaan berkata bahawa pengambilalihan semua lebuh raya akan menelan belanja RM400 bilion, walaupun semua kos telah dikira dan dipastikan hanya pada kadar kira-kira RM50 bilion.

Seperti yang dinyatakan pembangkang, apa perlunya kerajaan membayar syarikat konsesi lebuh raya lapan kali lebih banyak. Jawapannya jelas tetapi menyakitkan hati – kroni akan terus menikmati kekayaan negara kita selagi kerajaan sekarang berkuasa, kerana urus niaga sebegini dikatakan masuk ke poket pemimpin.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.