Rakyat Kecewa Cara Kerajaan Menangani Isu Al-Kitab

Wednesday 9 April 2014

Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan bahawa setiap rakyat Malaysia berhak untuk menganuti, mengamalkan dan menguruskan agama sendiri.

JAIS, Al-Kitab, kerajaan, Najib Razak, Musa Aman

SHAH ALAM: ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin melahirkan rasa kecewanya kepada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu Al-Kitab atau versi injil dalam Bahasa Melayu.

Ujarnya lagi, beliau sedar bahawa ini merupakan isu sensitif dan sesetengah wakil rakyat muda lebih rela untuk mendiamkan diri dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam isu ini, tetapi itu tidak baginya.

“Isu Al-Kitab ini bukan lagi isu kaum atau agama, tetapi ia adalah hak asasi rakyat Malaysia,” katanya ketika membahaskan titah diraja dalam Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Perkara mengenai Al-Kitab ini telah termaktub di dalam Perkara 11 dalam perlembagaan persekutuan yang secara jelas menyatakan bahawa setiap rakyat Malaysia berhak untuk menganuti, mengamalkan dan menguruskan agama sendiri.

Dalam pada masa yang sama, Bee Yin sedar bahawa isu ini memang sukar untuk diselesaikan sekiranya terdapat campur tangan politik.

“Hari ini kalau kita sebagai pemimpin, walaupun hanya sebagai pemimpin Kerajaan Negeri sahaja, sekiranya kita membenarkan perlanggaran hak asasi ini berlaku mereka yang tiada kaitan dengan politik yang akan menjadi mangsa,”

Tambah Bee Yin,beliau turut mempersoalkan adakah betul untuk kerajaan negeri mengelak daripada perkara ini.

“Saya mewakili Damansara Utama, amat kecewa terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri atas insiden rampasan Al-Kitab.

“Sudah tiga bulan perkara ini berlaku, tetapi Al-Kitab tetap tidak dipulangkan.

Jelasnya lagi, sebagai sebuah kerajaan yang termaju, dan penyumbang ekonomi yang terbesar di Malaysia, kerajaan negeri harus menunjukkan kepimpinan moral yang berkualiti kepada rakyatnya.

“Isu Al-Kitab ini tidak seharusnya ditendang ke sana sini lagi. Saya amat berharap agar kerajaan negeri tidak lari daripada melaksanakan tanggungjawab,” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, beliau berharap kerajaan negeri akan mengambil langkah proaktif dan ikhlas untuk memulangkan semula Al-Kitab.

Sebelum ini, pada 1 Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu PBM di Damansara Kim dan menahan dua orang pegawai iaitu Pengerusi, Lee Min Choon dan Setiausaha Agungnya Simon Wong.

Dalam rampasan tersebut pihak Jais telah merampas 300 injil versi bahasa Malaysia dan juga bahasa Iban.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.