Inilah Sebabnya Rakyat Dipaksa Bayar Cukai

Thursday 10 April 2014

Kementerian Pendidikan diberi peruntukan tertinggi di dalam Bajet Kementerian 2014 dengan RM54 bilion atau 21% daripada Bajet Persekutuan. Bagaimana wang kita dibelanja?


Hmm...tiga jam bekerja dan lima jam bersantai di lapangan golf di Dubai. Amat produktif sekali. Wahai rakyat Malaysia! Ucapkan TERIMA KASIH kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional kerana kepimpinan melalui teladan dan diterapkan. Malaysia maju kerana mereka.

Jangan merungut. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan tahun ini, bagi menjamin dana untuk membiayai pelancongan ke luar negeri di mana menteri-menteri kita merencanakan perkembangan sosio-ekonomi Malaysia.

Ianya bagi masa depan cerah buat Malaysia dan rakyatnya. Itu sebab rakyat marhaen terpaksa mengikat perut dan merana setiap hari bagi menjamin keluarga sejahtera.

Ahh! Walaupun Malaysia belum diterangkan tentang bagaimana lawatan 15 hari delegasi Terengganu ke Kutub Selatan dapat memberi faedah, jangan berani mempersoalkan mengapa wang rakyat dilaburkan bagi penjelajahan sedemikian. 

Sabar....Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan BN sudah tentu mempunyai alasan mengapa kajian di Antartika itu begitu penting. Harga ketulan ais di Malaysia tentu akan lebih murah di Malaysia bagi dinikmati kita semua.

Malaysia juga sudah saksikan bagaimana lawatan keluar negara begitu mewah dilakukan pegawai-pegawai atasan Demi Rakyat dan Negara. Ada mereka beri penjelasan bagaimana kunjungan sebegitu mampu memberi pulangan?

Di dalam artikel terbitan bersama Steven Sim (PKR) dan Zairil Khir Johari(DAP) yang berasaskan dokumen sulit, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa menikmati lima hari percutian di padang golf Dubai. Semuanya dibiayai rakyat Malaysia.

Jadual kunjungannya bermula pada 8 April dan berakhir pada 12 April. Beliau dikatakan menghadiri Pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (GETEX) 2014 dan diterbangkan ke sana dengan pesawat khas.

Muhyiddin tinggal di Hotel Shangri-La Dubai bertaraf lima bintang selama lima hari. Beliau menghadiri upacara pembukaan rasmi, dan merasmikan Pavilion Pendidikan Malaysia. Beliau bertemu Menteri Pendidikan UAE dan Menteri Budaya, Remaja dan Pembangunan Sosial.

Akhirnya, beliau dijadual menandatangani perjanjian tentang pendidikan tinggi. Semua program dijadual dari 10 pagi hingga 1 petang pada 9 April. Kemudian beliau berlepas ke Montgomerie Golf Club dan menaiki kapal bagi makan malam.

Seterusnya, Muhyiddin bakal mengisi masa dengan program peribadi dan makan malam dengan beberapa tokoh perniagaan. Pada hari akhir, beliau bakal beraksi di padang golf sekali lagi.

Jadi, Muhyiddin meluangkan lima hari di Dubai dengan tiga jam bagi urusan rasmi, sepuluh jam di padang golf dan dua hari bagi program peribadi. Tentu banyak persoalan boleh diajukan tentang lawatan ini. Ia dibiayai rakyat jelata.

Kementerian Pendidikan diberi peruntukan tertinggi di dalam Bajet Kementerian 2014 dengan RM54 bilion atau 21% daripada Bajet Persekutuan. Bagaimana wang kita dibelanja?

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.