Pembangkang hanya muncul bila tiba musim pilihanraya?

Thursday 22 May 2014

Siapa yang bangkitkan masalah rakyat Sabah di Dewan dan siapa yang "tukang" menafikan masalah-masalah rakyat Sabah sambil memuji-muji kerajaan umno persekutuan?? sedangkan aduan-aduan rakyat yang disampaikan menerusi FB rasmi Musa Aman, tiada satupun yang dibalas oleh Musa.. Inikah yang dikatakan kerajaan umno menjalankan tugas setiap masa tanpa mengira waktu?

Jika benar pembangkang hanya muncul bila tiba waktu pilihanraya, tidak akan ada suara-suara yang mengutuk, menentang dan membantah tindakan-tindakan songsang kerajaan umno. Bagaimana pula Musa Aman tahu jadual atau rutin harian pemimpin-pemimpin pembangkang sehingga beliau boleh membuat tuduhan sebegitu rupa?

Musa Aman menuduh pembangkang seolah-olah pembangkang tidak ikhlas dan tidak bersungguh-sungguh membantu rakyat sedangkan Musa Aman sendiri boleh dipertikaikan keikhlasannya apabila Facebook rasmi beliau dikendalikan oleh orang lain.. Malah sebelum PRU13, Musa Aman menggunakan dana awam untuk menubuhkan Planatery Corporation yang diuruskan oleh kroni hanya untuk membuat liputan yang bertujuan mempromosikan imej menteri-menteri umno/BN melalui portal Insight Sabah. Malah, Planatery Corporation juga bertanggungjawab mengupah Cybertrooper untuk menyerang pembangkang atau sebarang artikel/komen negatif yang ditujukan kepada menteri-menteri umno/BN Sabah..

Jika Musa Aman dan pemimpin-pemimpin umno/BN yang lain ikhlas membantu menyelesaikan masalah-masalah rakyat Sabah, mereka tidak perlu membelanjakan jutaan ringgit hanya untuk menubuhkan portal Insight Sabah dan kumpulan Cybertrooper..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.