Tiga suspek rogol bergilir-gilir ditahan

Wednesday 28 May 2014

Suspek adalah warga Indonesia berumur lingkungan 24 dan 25 tahun..

KINABTANGAN: Polis di sini menahan tiga suspek pada Isnin lepas kerana disyaki merogol seorang perempuan secara bergilir-gilir dalam kejadian di Ladang Leepang 5, di sini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintenden A Sahak Rahmat yang mengesahkan kes berkenaan berkata, ketiga-tiga suspek warga Indonesia berumur lingkungan 24 dan 25 tahun ditahan ekoran laporan polis dibuat mangsa yang berumur 18 tahun pada hari yang sama.

“Ketika kejadian pada 14 Mei lepas kira-kira jam 6 petang, mangsa dalam perjalanan untuk pergi membuang air besar di tepi sungai memandangkan tandas rumah mangsa rosak. Jarak dari rumah mangsa ke sungai lebih kurang 10 minit.

“Dalam perjalanan, mangsa diekori tiga suspek dari belakang dan terus menarik tangan mangsa masuk ke dalam kawasan blok kelapa sawit. Mangsa dibogelkan oleh ketiga-tiga suspek dan terus dirogol secara bergilir-gilir,” katanya.

Selepas dirogol tambahnya, mangsa diugut akan dibunuh sekiranya menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Sahak berkata, semua suspek terlibat berjaya ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, manakala mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan. - The Borneo Post

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.