MAHB perlu bertanggungjawab terhadap masalah klia2

Tuesday 20 May 2014

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) supaya memikul tanggungjawab terhadap permasalahan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (klia2).

Tidak sampai sebulan klia2 beroperasi, AirAsia mengemukakan aduan terhadap masalah sistem pengurusan terminal di lapangan terbang bernilai RM4 bilion itu.‎

"MAHB perlu bertanggungjawab terhadap isu dan masalah yang berlaku di klia2.

"Semasa kita panggil mereka sebelum ini, mereka katakan masalah tersebut boleh ditangani. Tetapi baru beroperasi sudah bermacam masalah yang timbul," kata Nur Jazlan.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.