Lebih 1 ribu orang bantah majukan Pantai Tanjung Aru

Tuesday 27 May 2014

Musa Aman perlu kotakan janjinya untuk mengembalikan pantai Tanjung Aru kepada orang ramai. Bukannya menswastakan atau melacurkan Tanjung Aru..

KOTA KINABALU: Sebanyak lebih daripada 1,000 tandatangan telah berjaya dikumpulkan ketika kempen kesedaran Pantai Tanjung Aru yang diadakan berikutan rancangan Pembangunan Eco Tanjung Aru (TAED) yang bernilai RM7.1 bilion oleh kerajaan negeri Sabah.

Kempen tandatangan tersebut adalah untuk membantah terhadap penetapan kawasan Pantai Tanjung Aru sebagai zon (Hotel dan Resort).

Selain itu, kempen tanda tangan tersebut juga menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti penambakan laut yang besar yang dijangkakan akan memberikan kesan kepada keseimbangan alam laut dan pantai yang berdekatan.

Kempen tersebut juga menuntut supaya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meletakkan keperluan orang ramai yang tidak mampu membayar keahlian di pusat peranginan mewah atau kelab dan memelihara dan memberi keutamaan kepada orang awam menggunakan kawasan Tanjung Aru.

Dijangkakan dua daripada 10 orang penduduk di sekitar Kota Kinabalu hanya sedar akan kehilangan pantai Tanjung Aru, menurut Papi John, penganjuran acara, yang selalu mengadakan aktiviti riadah di sepanjang kawasan pantai tersebut.

“Sebenarnya pertemuan ini hanya untuk mewujudkan kesedaran, kerana tidak siapa pun yang tahu. Media tidak meliputi perkara ini,” katanya sambil menambah bahawa kebanyakan penduduk Sabah ‘tidak tahu’ dan ‘tidak prihatin’ akan perkembangan ini.

Beliau juga mengakui hanya mengetahui perancangan tersebut selepas ia tersebar luas di laman sosial facebook dan berkeputusan melakukan sesuatu untuk menyebarkan maklumat mengenai masa depan pantai Tanjung Aru tersebut.

Menurut Papi, beliau merancang untuk mendapatkan lebih daripada 1,000 tandatangan dan tandatangan tersebut akan dihantar kepada Datuk Bandar Kota Kinabalu, di pejabatnya pada satu masa yang sesuai.

Aktivis alam sekitar, SM Muthu menyeru kerajaan negeri Sabah terutamanya ketua menteri, Musa Aman supaya mengotakan janjinya untuk mengembalikan pantai Tanjung Aru kepada orang ramai.

“Jangan menswastakan atau melacurkan Tanjung Aru,” ujarnya dan mengatakan bahawa pada awal 1994, kerajaan telah mula kehilangan tanah mereka.

Beliau juga menerangkan bahawa kekayaan kerajaan bergantung kepada jumlah tanah yang ada dan menurutnya, penting untuk proses aktiviti pembangunan untuk keperluan masyarakat pada masa hadapan.

“Sekiranya kerajaan kehilangan tanah yang banyak, bagaimana mereka akan dapat membangunkan bandar ini kepada rakyat?” soalnya.

Muthu menjelaskan bahawa tanah di pantai Tanjung Aru adalah kawasan yang terakhir yang masih ada untuk pembangunan masyarakat dan bukan untuk pembangunan swasta.

Beliau mencadangkan pembangunan berkaitan masyarakat seperti pembinaan tempat riadah kepada orang tua, orang kurang upaya dan sebagai contoh, pusat penginapan 1 Malaysia kepada rakyat sabah supaya dapat menikmati keindahan pantai ini.

Muthu juga menyangkal sesetengah pihak yang mendakwa bahawa kempen ini hanya membantah dan tidak mencadangkan apa sedangkan beliau mendakwa sudah beberapa kali telah mencadangkan ia pada masa lepas.

Wong Tack, Pengerusi Himpunan Hijau mengesa kerajaan negeri supaya memberi rakyat untuk membuat keputusan akan masa depan pantai Tanjung Aru ini.

“Perkara yang penting adalah untuk mengadakan mesyuarat pihak kepentingan yang diwakili oleh pelbagai lapisan masyarakat yang adil dan meluangkan masa yang banyak untuk merancang. Ini adalah perkara yang sepatutnya dilakukan,” ujarnya.

Wong Tack juga melihat kebaikan melibatkan orang awam dalam perancangan dan pengurusan pantai Tanjung Aru sebagai satu contoh kepada masyarakat dunia yang datang melawat ke negeri ini dari serata dunia.

“Kita mahu membuat kawasan ini sebagai sebuah contoh yang dipamerkan kepada dunia, bagaimana persekitaran bandar dapat dipulihkan dan dibangunkan di mana alam sekitar dipelihara dan kualiti kehidupan penduduk di tahap yang tinggi,” katanya.

Beliau juga mengingatkan, kerajaan yang gagal mendengar seruan rakyat akan berkuasa dan pantai Tanjung Aru adalah pantai milik orang ramai dan seharusnya diberikan kepada rakyat untuk membuat keputusan akan masa depannya.

Wong Tack juga melihat akan mereka yang datang ke kempen kesedaran ini bukan berniat politik tetapi akan cinta kepada pantai Tanjung Aru dan mereka.

Perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan di pantai Tanjung Aru telah menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk tempatan yang bimbang akan kemungkinan kehilangan pantai tersebut kepada pusat peranginan dan penginapan bertaraf antarabangsa.

Perancangan pembangunan yang dikenali sebagai Pembangunan Eco Tanjung Aru dikendalikan oleh sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Sabah dipercayai telah menghantar pelan pembangunan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan dalam proses mendapatkan kelulusan.

Ketika pameran Perundingan Awam Draf Perancangan Bandar 2020 untuk DBKK, melihatkan pantai Tanjung Aru telah dizonkan kepada kawasan hotel dan pusat peranginan.

Kebimbangan tersebut menyebabkan sebuah laman facebook Selamatkan Pantai Tanjung Aru (Save Tanjung Aru Beach) yang dimulakan selepas perdana menteri Malaysia, Najib Razak merasmikan pelan pembangunan ketika sambutan Hari Malaysia ke 50 pada 16 September tahun lalu. - FMT Borneo Plus

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.