Perkauman: Bawa usul ke parlimen

Wednesday 21 May 2014

Sanggupkah umno menghentikan suara-suara perkauman di negara ini sedangkan mereka sendiri merancang pelan tindakan bagi menjayakan isu perkauman sejak dulu lagi? Tidak ada gunanya bawa usul ke Parlimen selagi umno jahanam ini memerintah.. Jangan harap akan ada tindakan dikenakan terhadap Perkasa, Isma dan lain-lain badut yang ditaja oleh umno jahanam walaupun usul dibawa ke Parlimen..

KENINGAU: Angkatan Perubahan Sabah (APS) menggesa para pemimpin di negeri ini supaya membawa usul berhubung dengan budaya perkauman yang kian menular di kalangan rakyat hari ini ke Sidang Parlimen dan bukan hanya menyuarakannya melalui media tempatan.

Naib Presiden APS Paul Kadau berkata tindakan para pemimpin negeri ini yang hanya berani bersuara melalui media tempatan hanya sekadar untuk memuaskan pengundi mereka di Sabah dianggap tidak berkesan.

“APS Keningau menyambut baik kenyataan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berhubung dengan isu agama supaya ia tidak dipolitikan oleh semua pihak kerana ia akan menjejaskan perpaduan.

“Walaubagaimanapun, kita juga percaya bahawa penduduk Sabah mahu rakyat Malaysia terus hidup bersatu aman dan damai. Justeru kita mencadangkan agar Raime harus membawa isu ini ke Persidangan Parlimen yang akan datang.

“Sebagai Ahli Parlimen dan ahli Umno beliau harus mengusulkannya dalam Persidangan Parlimen supaya mana-mana NGO ekstremis terutama sekali Perkasa dan Isma diambil tindakan yang keras ekoran tidakan melampau mereka,” katanya.

Sementara itu, Kadau yang juga merupakan Penyelaras APS Keningau menyokong penuh teguran Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing terhadap NGO Islam yang mengendalikan program ‘Anak Angkat’ melibatkan pelajar bukan Islam di SMK Balai Ringin Kuching bertujuan mengislamkam mereka.

“Kita bersetuju bahawa NGO berkenaan tidak seharusnya mengganggu pelajar-pelajar bukan Islam di Sarawak dan menggesa Kementerian Pelajaran, Pengarah Pelajaran, Pengetua-Pengetua Sekolah, Guru-Guru Besar dan PIBG di setiap sekolah supaya waspada dan tidak membenarkan mana-mana NGO mengadakan program ‘Anak Angkat’ di Negeri Sabah.

“Berhubung dengan isu program ‘Anak Angkat’ tersebut kita ingin bertanya kepada NGO berkenaan, apa akan berlaku sekiranya APS pula yang mengendalikan program serupa yang melibatkan pelajar-pelajar Islam?” tegas beliau.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.