Pensyarah Ridhuan Tee makin sesat, mahu umat Islam intip gereja

Tuesday 20 May 2014

Kenapa bukan pensyarah mangkuk ini sahaja yang mengintip gereja, sebaliknya beliau mengharapkan ada umat Islam lain yang sanggup melakukan kerja itu?.. TG Nik Aziz dan alim ulama yang lain pun tidak pernah menyeru umat Islam supaya menyamar dan menyusup masuk ke gereja semata-mata mahu mendengar apa yang dibincangkan dalam gereja.. 

Seorang pemimpin MCA berkata, beliau melihat pensyarah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah cuba berlagak alim tetapi melakukan tindakan bertentangan dengan agama sendiri apabila menyeru orang Islam menyusup masuk ke gereja.

Datuk Koo Chin Nam, timbalan pengerusi badan bertindak khas MCA berhubung pelaksanaan syariah berkata, beliau juga melihat Ridhuan, yang berketurunan Cina itu, berusaha keras untuk melupakan asal usulnya.

Beliau juga menyeru agar masyarakat mengabaikan kenyataan Ridhuan itu.

"Lagi pun, tindakannya menunjukkan dia suka mencari perhatian dan berusaha keras dalam kegagalan untuk melupakan asal usul Cinanya dengan menyerang keturuannya sendiri dan agama lain selepas beliau memeluk satu agama, hanya untuk membuktikan kesuciannya yang lebih alim dari orang alim.

"Bagaimanapun, kenyataannya dalam Sinar Harian bahawa 'Saya harap ada umat Islam yang boleh menyamar masuk ke gereja dan dengar apa yang dibincangkan' amat tidak wajar sebagai seorang Cina Muslim terpelajar," katanya.

Tambahnya, tulisan yang menghasut seperti itu boleh menyebabkan salah faham yang serius.

"Beliau melampaui batas toleransi rakyat Malaysia yang cintakan keamaan ke atas golongan taksub berfikiran sempit yang ingin menyemai kecurigaan dan ketidakstabilan dalam negara pelbagai kaum dan pelbagai agama.

"Tentulah, Islam sebagai agama yang mula tidak menyokong atau menganjurkan kepada pengikutnya untuk menceroboh ke rumah ibadat agama lain untuk mencari kesalahan atau membuat kekacauan.

Koo turut menggesas polis untuk menyiasat Ridhuan mengikut undang-undang hasutan atas kenyataan terbaru pensyarat tersebut, yang menurutnya menggalakkan orang Islam melakukan jenayah.

Katanya, pensyarah tersebut sepatutnya memikirkan bahawa tindakan yang dianjurkannya itu boleh menjadi tidak terkawal sehingga menjadi pelakuan jenayah.

Koo berkata Riduan sepatutnya melihat kepada kebaikan Islam dan menghentikan serangannya ke atas gereja sekiranya benar-benar ingin menyerlahkan kelebihan Islam.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.