Kepada sesiapa yang berkenaan
Berdasarkan maklumbalas di laman sosial 1 Suara Sabah, belum ada yang dapat memastikan samada Christina John Kaisal ini benar-benar orang tempatan atau sebaliknya. Namun komen salah seorang pengguna laman itu yang menggunakan nama Nel Prudent mungkin dapat memberikan sedikit gambaran yang mana menurut beliau tidak ada orang yang bernama John Kaisal di Kg. Nambayan.
"Menurut pertanyaan dari orang-orang kampung, macam tidak ada pula orang yang bernama john kaisal di Nambayan. Kalau ada pun memang tidak pernah tinggal di Nambayan.
Selain itu ada juga pihak yang mendakwa memang masih ada penduduk di kawasan pedalaman Sabah yang belum memiliki kad pengenalan. Jesteru, khidmat polis tempatan (Sabahan) amat diperlukan untuk kes seperti ini kerana mereka lebih arif dalam membezakan warga asing dengan penduduk tempatan.
Apa-apapun, diharapkan pihak yang berkenaan menyiasat sebaik-baiknya latarbelakang wanita ini sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.