Jika benar berlaku penurunan, ia adalah disebabkan oleh kesedaran rakyat Sabah, bukan faktor kesungguhan kerajaan membaiki jalan rosak, lampu isyarat rosak dan sebagainya.. Jika dilihat pada realitinya, jalanraya di Sabah adalah yang paling teruk dan bahaya di Malaysia..
KOTA KINABALU: Usaha-usaha keselamatan jalan raya yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan kerjasama sektor korporat telah berjaya mengurangkan kemalangan dan kematian di Sabah, tahun ini.
Dalam masa tiga bulan tahun ini, rekod menunjukkan sebanyak 97 nahas maut di Sabah di mana 22 daripadanya berlaku di Kota Kinabalu. Sebanyak 30 maut membabitkan motosikal.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah berkata, berdasarkan Indeks Kemalangan Sabah (mengikut kategori) ada 4.38 kemalangan maut dan 4.20 bagi setiap 10,000 kenderaan bagi tahun 2012 dan 2013.
Pada tahun 2012 indeks itu menunjukkan 13.17 kematian berlaku dalam setiap 100,000 penduduk manakala tahun lalu 12.27.
Bagi setiap 100 km jalan raya Negeri dan Persekutuan di Sabah, indeks ini mencatatkan 4.5 kematian pada 2012 manakala tahun lalu, 4.35.
“Boleh disimpulkan bahawa berdasarkan Indeks Kemalangan Sabah, kematian kemalangan di Sabah dalam kesemua tiga kategori telah berkurangan,” katanya di Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sekolah Rendah di SK St Agnes, di Likas.
Dr Tam, berkata JKJR menjalankan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan orang ramai.
“Antara inisiatif itu adalah memantau keadaan jalan dan jika ada jalan berlubang, lampu isyarat rosak atau serpihan berbahaya pada permukaan jalan raya, perkara itu dilaporkan kepada JKJR negeri.
“Jabatan ini juga memantau laluan motosikal (hanya terdapat di Semenanjung) untuk memastikan ia selamat memandangkan penunggang dan pembonceng motosikal adalah yang paling terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya,” katanya.
JKJR juga memantau lapan akhbar tempatan setiap hari untuk mencari isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya dan melaporkan isu itu kepada JKJR Negeri untuk tindakan.
“Walaupun kebanyakan isu tidak berada di bawah bidang kuasa jabatan itu, kami mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk menjaga semua jalan raya supaya pengguna boleh memandu dengan selamat dan selesa,” katanya.
Program-program berasaskan komuniti juga diadakan untuk memberi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai keselamatan jalan raya dan memupuk perubahan positif di kalangan pengguna.
Dr Tam berkata, tanpa sokongan dari sekolah-sekolah, program keselamatan jalan raya yang baik tidak dapat dicapai.
“Saya percaya sekolah adalah premis yang paling sesuai untuk membentuk etika keselamatan jalan raya di kalangan pelajar. Oleh itu ia perlu diberi perhatian bersama ibu bapa mereka,” katanya.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.