Janganlah ISMA mengajar orang Melayu bersikap jahat terhadap bangsa lain hanya kerana bangsa Melayu merupakan penduduk majoriti di negara ini..
Nordin Kcd
Amat benar sekali kata Dr Asri bahawa agama Kristian sebenarnya lebih dekat dengan Islam. Jika benar ISMA mahu jadi pembela kepada bangsa Melayu dan umat Islam, ramai lagi bangsa Melayu dan umat Islam yang boleh ISMA bela dan bantu. Contohnya, ramai penagih dadah bangsa Melayu terbiar dan dihina oleh masyarakat hingga nak cari makan pun mereka susah.
Pihak gereja Kristian sanggup beri mereka makan dan perlindungan atas dasar peri kemanusian. Namun niat baik pihak Kristian ini sentiasa dicurigai dan ditomah oleh NGO-NGO seperti ISMA ini kononnya pihak gereja sedang berusaha mengkristianinasikan orang Melayu melalui bantuan yang mereka berikan. Apakah ISMA sendiri mahu ambil pusing atau peduli diatas nasib yang menimpa ke atas penagih dadah Melayu ini selain daripada menuduh orang lain berniat jahat kerana membantu mereka??
Lupakah ISMA bahawa tiada satu agama pun di dunia yang mengajar manusia berbuat jahat sesama manusia walau pun terhadap orang yang tidak seagama dengan mereka hattan binatang sekali pun?? Ditakdirkan ada ahli ISMA yang memerlukan darah untuk menyelamatkan mereka, apakah mereka masih mahu bertanyakan siapa pemilik darah itu atau apa kumpulan darah tersebut sebelum mahu menerima darah tersebut???
Janganlah ISMA mengajar orang Melayu bersikap jahat terhadap bangsa lain hanya kerana bangsa Melayu merupakan penduduk majoriti di negara ini, justru orang Melayu boleh tunjuk samseng terhadap kaum minoriti. Orang hormat kita bukan kerana kita ramai, kaya, kuat tetapi kerana budi bahasa kita yang murni. Ramai yang kalah dengan kita adalah disebabkan budi pekerti kita yang tinggi.
Kalau kita jahat orang lain pun boleh bertindak sepuluh kali jahat daripada kita. Jadi pilihlah perbuatan mana yang kita mahu supaya kita sentiasa dihomati sebagai bangsa yang mulia. Untuk menjadi bangsa yang mulia itu pula perlulah mendapat didikan agama. Ini kerana agama kita sendiri pun mengajar kita menyayangi sesama manusia sama seperti mana yang diajar oleh agama Kristian. Jadi kenapa kita mahu cari pasal bergaduh dengan mereka hanya kerana berbeza agama?? bertaubatlah wahai ISMA sebelum kamu merosakkan lebih ramai akhlak orang Melayu jadi seperti kamu!!
Pandanga diatas dipetik dari ruangan komen "Bekas mufti selar Isma, dakwa Kristian lebih dekat dengan Islam"
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.