MAS dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM442 juta untuk suku pertama 2014..
Malaysia Airlines melaporkan kerugian lebih teruk hari ini dalam laporan suku pertamanya selepas kejadian kehilangan pesawat penerbangan MH370.
Syarikat penerbangan negara itu melaporkan kerugian berjumlah RM442 juta untuk suku pertama 2014, hampir sekali ganda berbanding jumlah kerugian pada suku pertama tahun lalu, selepas pertambahan kos operasi hampir RM195 juta.
Dalam kenyataannya, Malaysia Airlines menjelaskan kes kehilangan pesawat tersebut memberi kesan "dramatik" ke atas prestasi kewangannya dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada Mac.
Kehilangan pesawat Boeing 777 dalam perjalanan ke Beijing membawa 239 penumpang dan kru itu "menyebabkan reaksi jangka pendek dalam sikap pengguna, dan syarikat mendapati banyak pembatalan tempahan sedia ada dan pengurangan tempahan jarak jauh untuk tempahan jarak dekat".
"Jualan dari China jatuh ke paras 60 peratus pada Mac, tidak lama selepas kehilangan pesawat tersebut," kata jurucakap syarikat itu lagi.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.