1Malaysia Najib terbukti sia-sia

Tuesday 20 May 2014

Jikalau NGO pro umno ini dapat menghayati sepenuhnya prinsip-prinsip dalam Rukun Negara, tentu sekali mereka tidak tergamak membangkitkan soal agama dan kaum.

TENOM: Usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membina satu landasan perpaduan baru yang disebut “1Malaysia”, yakin usaha itu akan menjadi sia sia jika ada pihak lain pula tidak serius mempertahankannya terutamanya isu keagamaan dan hak sesuatu kaum secara berulang ulang.

Demikian ditegaskan Mutang Dawat @ Sylvester (gambar), 62, seorang pemimpin agama SIB dekat sini ketika memberitahu pemberita pada Khamis sebagai mengulas tindakan beberapa NGO tanpa segan silu memperlekeh dan membelasah selain menabur fitnah kepada agama Keristian.

Mutang berkata, tidak ada tempat bagi NGO ini perlu didengari oleh rakyat di negara ini, sebaliknya tindakan mereka sekadar “kacau daun” sedangkan dalam Perlembagaan Negara jelas termaktub dalam Bahagian 1, Perkara 3 (1)(2).

“Jikalau mereka ini (NGO) mempunyai kesedaran dan tanggung jawab dari segi keamanan, perpaduan malahan dapat menghayati sepenuhnya prinsip prinsip dalam Rukun Negara, tentu sekali mereka tidak tergamak membangkitkan soal ini.

“Saya ingin bertanya, mengapa kumpulan NGO ini memberi amaran kepada muslim mengenai ancaman agama Kritian dan mempersendakan kitab Bible dengan menuduh ia mengandungi cerita ‘dongeng’…apakah untung mereka berbuat demikian.

“Kita sudah cukup matang berfikir mengenai cara terbaik untuk menyemai dan memupuk bagi mengukuhkan perpaduan dalam sebuah negara majmuk seperti dinegara ini…tetapi NGO tidak pula terfikir semua itu….kita sedih kelibat mereka,” tegas Mutang.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong gesaan beberapa pihak supaya kerajaan akan mengharamkan buku terbitan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang antara kandungannya menuduh ancaman Kristianisasi kerana menginjil di kalangan Melayu muslim yang banyak berlaku di Malaysia.

Sebelum itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun pernah mengecam UiTM dengan berkata, pusat itu sepatutnya menjadi landasan untuk menyatupadukan orang pelbagai kepercayaan dan kaum.

Sebaliknya, ia kini menjadi tempat untuk menghuru-harakan keamanan yang sudah lama terjalin sambil menambah bahawa ramai penuntut di institusi itu adalah penduduk asal dari Sabah dan Sarawak yang bukan beragama Islam.

Difahamkan tegas Mutang, kira-kira 1,000 naskah buku bertajuk ‘Pendedahan Agenda Kristian’ itu diedar kepada pada hadirin di forum itu. Antara lain ia memberi amaran kepada muslim kononnya pelbagai ‘helah’ dilakukan orang Kristian untuk memperdayakan orang Islam supaya meninggalkan agama mereka.

Buku itu juga mendakwa, kononnya sebab utama berlaku murtad di kalangan orang Islam ialah tindakan mengkristiankan yang kononnya giat diadakan umat Kristian.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.