Jika kumpulan pendesak Melayu/Islam seperti Perkasa, JATI, ISMA dan sebagainya tidak mahu kaum lain berkongsi Bahasa Melayu dengan mereka, kenapa sekolah Inggeris dihapuskan?
Nordin Kcd
Kerajaan sepatutnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai ‘lingua franca’ di Malaysia jika kerajaan rasa Bahasa Melayu belum bersedia untuk dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Hari ini Bahasa Melayu masih lagi dilihat hanya layak untuk kegunaan orang Melayu, penganut Islam dan urusan kerajaan saja.
Justru kembalikan sekolah aliran Inggeris kerana terbukti mereka yang berlajar di sekolah aliran Inggeris dulu lebih senang bergaul dan boleh bertoleransi dengan kaum lain selain dari kaum mereka sendiri berbanding pelajar di sekolah kebangsaan dan vernakular sekarang. Untuk memupuk intergrasi kaum yang lebih mantap, bahasa Inggeris sebenarnya adalah pilihan terbaik berbanding Bahasa Melayu yang masih dianggap bahasa etnik khusus untuk kaum Melayu saja.
Walau pun kerajaan kononnya mahu semua rakyat Malaysia menguasai Bahasa Melayu hinggakan istilah “Bahasa Melayu” itu sendiri ditukar kepada “Bahasa Malaysia” supaya rakyat Malaysia mempunyai rasa hak milik ke atas bahasa Itu, namun masalah tetap timbul bila bahasa Melayu itu dikaitkan dengan agama Islam seperti mana bangsa Melayu itu sendiri. Dalam Perlembagaan sekarang orang Melayu tidak boleh menganut agama lain selain daripada Islam dan untuk jadi orang Melayu pula mereka perlu guna bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka.
Oleh kerana kerajaan sudah menghapuskan sekolah aliran bahasa Inggeris maka ramai rakyat Malaysia terpaksa belajar di sekolah-sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa aliran utama. Hasilnya separuh daripada rakyat Malaysia sudah tidak pandai lagi berbahasa Inggeris seperti dulu khususnya kaum Bumiputra di Sabah dan Sarawak.
Kebanyakan kaum Bumiputra di Sabah ini pula beragama Kristian. Justru bagaimana kaum Bumiputra yang beragama Kristian ini mahu mendalami agama Kristian jika kerajaan halang mereka guna kitab Bible dalam Bahasa Melayu sedangkan bahasa Melayu itu satu-satunya bahasa yang mereka belajar di sekolah dan bahasa yang mereka boleh faham???
Keadaan seperti ini tidak pernah terjadi ketika sekolah aliran bahasa Inggeris belum dihapuskan. Ketika itu mereka masih boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan tidak memerlukan Bible dalam Bahasa Melayu seperti mana sekarang.
Keadaan jadi bertambah buruk bila kumpulan pendesak Melayu/Islam seperti Perkasa, JATI, ISMA dan sebagainya mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah protektif kerana mereka bimbang agama Kristian akan disebarkan kepada orang Melayu melalui perkongsian bahasa Melayu ini. Kalau mereka tidak mahu kaum lain berkongsi Bahasa Melayu dengan mereka kenapa kerajaan hapuskan sekolah Inggeris??
Hari ini lebih ramai orang Melayu sendiri lebih suka hantar anak-anak mereka belajar di sekolah Inggeris atau private school supaya pergaulan anak-anak mereka jadi lebih terbuka dan tidak jadi seperti pemimpin-pemimpin Perkasa, JATI, ISMA yang hanya tahu membolot apa saja untuk orang Melayu atas kebimbangan yang mereka buat sendiri.
Pandangan diatas dipetik dari ruangan komen "Polisi tidak konsisten halang bahasa Melayu jadi elemen penyatuan, kata forum"
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.