Tidak salah BN guna sekolah untuk kempen pilihan raya?

Wednesday 21 May 2014

Inilah tahap pemikiran pemimpin-pemimpin umno - Tidak tahu membezakan kerajaan dengan parti memerintah. Bagaimanalah pemimpin-pemimpin bodoh ini mahu memajukan sebuah negara berbilang kaum dan berbilang agama?

Oh.. Rupanya tak salah kalau umno/BN guna sekolah untuk bermain politik. Atas alasan kononnya sekolah itu adalah milik kerajaan. Tapi bukankah BN itu parti politik? Sepatutnya wujud garisan pemisah yang jelas disitu. Jika dia masuk sekolah sebagai menteri dia mewakili kerajaan Malaysia. Namun jika dia masuk sekolah atas alasan parti maka layanan dia perlu sama sepertimana layanan yang diterima oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

Iaitu pemimpin-pemimpin pembangkang dilarang dari menggunakan sekolah atas apa-apa tujuan aktiviti bersifat politik. Oleh kerana ianya salah dari segi undang2 maka atas sebab apa pula BN boleh bersuka hati melanggar undang-undang yang digubal sendiri oleh mereka? mungkin disebabkan terlalu lama memerintah, maka pemimpin-pemimpin umno ini tidak segan silu menunjukkan kebodohan, keangkuhan dan sikap berat sebelah..

Dalam artikel TMI itu juga, pemimpin-pemimpin umno semakin bangang apabila mengatakan Malaysia tidak pernah mengamalkan diskriminasi kaum kerana tiada penganut Kristian yang pernah terbunuh di negara ini.. perlukah tunggu hingga ada yang terbunuh?.. Dan jika benar tidak ada diskriminasi kaum, kenapa jawatan-jawatan penting kerajaan hanya dipegang oleh orang Melayu?

Dalam waktu yang sama, pemimpin umno berkata, orang bukan Islam juga masih hidup aman dan damai. Tak pernah terambil, terusik atau terampas hak mereka.. Buta dan pekak kah mereka? bagaimana dengan rampasan bible, larangan penggunaan kalimah Allah, larangan penggunaan bahasa Malaysia, penghinaan agama kristian di UiTM, dan kenyataan2 lain yang dibuat oleh extremis agama seperti Perkasa dan Isma? Fahamkah orang-orang umno mengenai maksud "HAK"?

Semakin mereka mempertahankan umno, semakin banyak tindakan dan kenyataan mereka yang bersifat bodoh sombong..

Baca seterusnya kenyataan menteri gila DISINI

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.