Culik: Sudah tiba masa ibu bapa cuai dikena tindakan

Sunday 18 May 2014

Kerajaan umno adalah bapa segala pengkhianat kepada negeri Sabah.. Kebanjiran warga asing yang kemudiannya diberikan IC oleh pengkhianat umno telah mendatangkan banyak masalah kepada negeri ini, termasuklah kes penculikan.. Jesteru, kenapa polis tidak ambil tindakan terhadap pengkhianat umno?

KOTA KINABALU: Selepas beberapa penculikan membabitkan kanak-kanak di negeri ini, pihak berkuasa kini bersedia mengheret ibu bapa ke muka pengadilan kerana cuai.

Yang terbaru membabitkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada minggu lalu, “Sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mana-mana ibu bapa yang cuai hingga membahayakan keselamatan anak mereka dengan membawa mereka ke muka pengadilan.

“Ibu bapa tidak boleh lagi terlepas daripada sikap cuai mereka sendiri. Undang-undang sudah ada iaitu Akta Kanak-kanak yang hanya menunggu untuk dikuatkuasakan,” kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Katanya, melihat kepada trend sekarang peningkatan insiden di mana ibu bapa meninggalkan anak-anak mereka tanpa diawasi dalam kereta yang dikunci atau tidak dikunci, sesuatu yang tegas perlu dilakukan untuk menghentikannya.

Azizah mengulas mengenai penangkapan ibu bapa Low Min You, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang hilang apabila kereta yang dinaiki bersama bapanya, dibiarkan masih hidup hingga dilarikan oleh suspek yang belum ditemui.

Low Yee Sheng, 31, dan isterinya Yong Siew Yee, 26, ditahan apabila mereka hadir di balai polis daerah Kota Kinabalu di Karamunsing pada petang Rabu.

Mereka muncul di mahkamah majistret semalam dan akan direman tujuh hari kerana kecuaian.

Kenyataan bercanggah

Peguam Ram Singh mengatakan bahawa ibu bapa itu masih ada seorang lagi kanak untuk dijaga rumah.

Ibu bapa itu ditahan dipercayai kenyataan mereka kepada polis yang bercanggah.

Min You hilang pada 9 Mei selepas bapanya meninggalkannya kereta yang tidak dikunci dan enjin masih hidup dia ke tandas,di sebuah stesen minyak di Kampung Air di sini, kira jam 5.5 pagi.

Kenderaan itu ditemui beberapa jam kemudian di Signal Hill, 2.5km dari tempat ia , tetapi Min You sudah hilang.

Sementara itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin dan sebaliknya memaklumkan pihak berkuasa serta-merta jika mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu.

Menurut Azizah, sikap ibu bapa yang cuai boleh menyebabkan kanak-kanak diculik atau terbunuh jika terkurung dalam kereta dalam suhu yang panas. Tindakan itu cuai tetapi sebelum ini ibu bapa tidak dihukum.

“Kini polis akan mengambil tindakan kerana sudah tiba masa bagi ibu bapa untuk sedar. Mereka perlu lebih bertanggungjawab ke atas kesejahteraan dan keselamatan anak-anak mereka.

“Bayangkan, kanak-kanak tiga tahun yang tidak diawasi berada dalam kereta yang enjinnya masih hidup pada jam 5.30 pagi. Apa yang kita jangkakan? Apa-apapun boleh berlaku,” jelasnya.

Kejadian terbaru ini adalah yang ketiga berlaku di Kota Kinabalu dalam masa dua bulan dan yang kedua membabitkan kanak-kanak.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.